Belacan.
Seorang suami sanggup memancung si isteri semata-mata tidak memasukkan belacan di dalam masakannya!
Kejadian ini digambarkan dengan cantik dalam pembikinan filem dalam filem Seniman Bukang Lapok.
Demi memelihara leher isteri kepada suami yang begitu kasihkan belacan, blog ini ditampilkan.
Pelbagai resipi dikutip dari pelbagai sumber supaya para isteri tidak teraba-raba dalam mempelbagaikan hidangan berasaskan belacan kepada suami dan keluarga tersayang.
Apa juga juadah itu, ingatlah untuk memasukkan sukatan atau kuantiti belacan yang betul, supaya hasilnya menjadi paling enak di mulut semua.
Ingat: Belacan - Terlampau banyak membawa musibah!
Mungkin ada pertambahan kemudian kelak bagi bahan-bahan masakan lain yang boleh menyebabkan seseorang isteri kehilangan kepalanya.
No comments:
Post a Comment