18/12/2012

Belacan Dan Paku

Gambar B&P

 "Belacan dan Paku" ialah lakonan dua kawan rapat yang suka bercakap dalam bahasa malaysia.. Kedua-dua wataknya berasal dari USA dan tinggal di Sarawak/Sabah selama setahun lebih.. Belacan & Paku sungguh minat segalanya yang berkaitan dengan Malaysia... MALAYSIA BOLEH!

15/12/2012

Mesin Penggelek Belacan




Diketahui umum bahawa belacan merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan para pelancong juga turut menyukainya walaupun rasanya yang agak pedas.

Pelbagai aneka masakan berasaskan belacan menjadi kesukaan di Malaysia.

Antara makanan yang mengandungi belacan ialah nasi goreng, sambal belacan dan sebagainya.
Belacan telah dihasilkan sejak sebelum tahun 1805 lagi. Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama.

Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan.
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan.

Belacan mentah berbau agak busuk dan memerlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan.

Walaupun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional, tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersialkan kaedah pembuatan belacan untuk memenuhi kehendak pasaran.

Oleh itu, kami ZDA telah mereka cipta satu mesin untuk memudahkan usahawan iaitu mesin penggelek atau pembentuk belacan.

Mesin khas yang dicipta atas permintaan pelanggan bagi memudahkan mereka untuk membentuk dan menggelek belacan mengikut bentuk dan berat yang diinginkan.

Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi dan kehendak pelanggan.

Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak kami akan cuba menepati kehendak mereka.

Walau bagaimanapun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan.

Hal ini kerana, dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah. Penghasilan belacan memerlukan kemahiran dan pengalaman agar belacan yang terhasil berkualiti dan sedap dimakan.
Untuk menghasilkan belacan yang berkualiti, pembuatannya tidak mudah dan memerlukan ilmu.
Namun kini, ramai yang sudah pandai menghasilkan belacan yang berkualiti tinggi di samping permintaan terhadap belacan yang semakin tinggi.

Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan belacan dengan kuantiti yang banyak.

Ia mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.
Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan belacan.

Mesin tersebut dapat menghasilkan belacan tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak.
Tambahan pula, mesin tersebut amat mudah dikendalikan.

Kos gaji pekerja juga boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian mesin ini, hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai pekerja.
Selain dapat mengurangkan tenaga pekerja, penggunaan mesin ini juga lebih mudah dan pembentukan belacan juga dapat dibentuk dengan sekata.

Mesin ini boleh menghasilkan sebanyak 36 keping untuk sekali gelek.
Ini semestinya dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam penjimatan masa untuk proses tersebut.
Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan bergantung kepada permintaan atau tempahan pengguna.

Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.
Hal ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9.00 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan e-mell mail@zulldesign.com.my.

Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia
© Utusan Melayu (M) Bhd

13/12/2012

Sambal Belacan Mangga Kampung

  Sumber: Dapur Tanpa Sempadan


rsz_sambal_mangga1
Pedas, berapi dan cuping telinga jadi merah, lagi parah mata sampai berair..begitulah seksa dalam sedapnya sambal belacan mangga kampung. Kenapa mangga kampung? Sebab mat guna buah mangga yang tulen, bukan buah mangga zaman sekarang yang telah di hybrid hingga hilang bau keaslian mangga. Pokok mangga besar yang tumbuh dalam kawasan masjid yang kerap berbuah. Abang mat kerap bawak balik 2 - 3 biji, walaupun buah mangga yang tercedera, namun masih elok isinya. Jadi hari ni mat buat sambal belacan. Guna belacan bakar dan cili padi thai yang warna merah. Kalau dapat cili padi kampung lagi sedap, tapi stok takde. Satu yang agak leceh, cili padi thai ni, biji dia banyak sangat, jenuh nak tumbuk kasi lumat. Tapi takpe, ia memang berbaloi. Sambal belacan hari ni, mat gebu yang tumbuk, bukan bonda ku. Makan dengan ulam daun selom, aduhh...Sedap tak boleh nak kata apa, walaupun pedass...
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
1 biji buah mangga kampung, kupas kulit dan ambil isinya
20 biji cili padi merah thai, cuci dan toskan
1 inci belacan, dibakar hingga harum
1/2 camca teh gula
Secubit garam
Ulam2 kegemaran anda untuk dimakan bersama (mat guna ulam daum selom)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula hingga lumat, berhati dari terkena percikan sambal tadi. Masukkan mangga dan tumbuk sedikit, tak perlu lumat sangat, kasi hancur sikit2 sudah memadai. Gaul rata dengan sambal belacan tadi, rasa sedikit, kalau ok boleh cedok keluar dari lesung batu. Hidangkan bersama ulam2 dan juga nasi....berpeluhhhhh!!!...

08/12/2012

Kangkung Goreng Belacan Lagi...





Bahan-bahan (3-4 orang)
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula
Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
 
Sumber: Dapur Malaysia