Diketahui umum bahawa belacan merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan para pelancong juga turut menyukainya walaupun rasanya yang agak pedas.
Pelbagai aneka masakan berasaskan belacan menjadi kesukaan di Malaysia.
Antara makanan yang mengandungi belacan ialah nasi goreng, sambal belacan dan sebagainya.
Belacan telah dihasilkan sejak sebelum tahun 1805 lagi. Belacan
merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang
dimampatkan dan tahan lama.
Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang
bersaiz kecil dan setelah siap diproses boleh disimpan lama untuk
kegunaan masakan.
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan.
Belacan mentah berbau agak busuk dan memerlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan.
Walaupun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas
atau tradisional, tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk
mengkomersialkan kaedah pembuatan belacan untuk memenuhi kehendak
pasaran.
Oleh itu, kami ZDA telah mereka cipta satu mesin untuk memudahkan usahawan iaitu mesin penggelek atau pembentuk belacan.
Mesin khas yang dicipta atas permintaan pelanggan bagi memudahkan
mereka untuk membentuk dan menggelek belacan mengikut bentuk dan berat
yang diinginkan.
Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi dan kehendak pelanggan.
Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak kami akan cuba menepati kehendak mereka.
Walau bagaimanapun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan.
Hal ini kerana, dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan
bermasalah. Penghasilan belacan memerlukan kemahiran dan pengalaman agar
belacan yang terhasil berkualiti dan sedap dimakan.
Untuk menghasilkan belacan yang berkualiti, pembuatannya tidak mudah dan memerlukan ilmu.
Namun kini, ramai yang sudah pandai menghasilkan belacan yang
berkualiti tinggi di samping permintaan terhadap belacan yang semakin
tinggi.
Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha
industri dalam menghasilkan belacan dengan kuantiti yang banyak.
Ia mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.
Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan
mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang
menjalankan perusahaan belacan.
Mesin tersebut dapat menghasilkan belacan tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak.
Tambahan pula, mesin tersebut amat mudah dikendalikan.
Kos gaji pekerja juga boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian
mesin ini, hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan
berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai pekerja.
Selain dapat mengurangkan tenaga pekerja, penggunaan mesin ini juga
lebih mudah dan pembentukan belacan juga dapat dibentuk dengan sekata.
Mesin ini boleh menghasilkan sebanyak 36 keping untuk sekali gelek.
Ini semestinya dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam penjimatan masa untuk proses tersebut.
Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan bergantung kepada permintaan atau tempahan pengguna.
Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.
Hal ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan
mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di
kehendaki.
Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan
bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin
tersebut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini,
boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam
9.00 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks
03-6091 4000 dan e-mell mail@zulldesign.com.my.
Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment