04/03/2015

Sambal Belacan Ala Thai

Image result for sambal belacan thai
Bahan-Bahan:
10 - 15 biji cili api
3cm/1 sudu besar belacan
(yang telah dibakar)
1 biji bawang putih
Setengah sudu teh gula
1 sudu teh sos ikan (nampla)
(jika tiada boleh digantikan dengan kicap cair)
1 biji limau nipis
Cara:
1. Cili api, belacan, bawang putih dan gula ditumbuk separuh lumat.
2. Keluarkan bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan masukkan sos ikan/kicap cair dan perahkan limau nipis serta digaul rata.
Cadangan Hidangan:
Tidak perlu gunakan garam kerana sos ikan/kicap cair sudah cukup untuk memasinkan sambal.
Tambahan:
Sungguh enak dimakan dengan ulan-ulaman, nasi goreng dan sebagai pembuka selera.
Selamat mencuba.

01/03/2015

Ayam Tumis Belacan


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
15 tangkai cili kering - kisar
10 ulas bawang merah- kisar
3 ulas bawang putih -kisar
2 cm halia - kisar
2 cm belacan dibakar sekejap
2 cm kunyit hidup - kisar
2 sudu kerisik
1 liter santan pekat
500 ml air
3 batang serai - ketuk
2 keping asam
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis
Cara:
1. Ayam dibersihkan dan digporeng. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan belacan. Kacau rata. Setelah agak garing, masukkan santan pekat, air, serai dan masaklah sampai agak pekat. Setelah itu, masukkan ayam , kerisik, asam, garam dan gula. Masak sampai kering .Tabur bawang goreng. Besttt......
Cadangan Hidangan:
Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, atau roti. 
Tambahan:
Hidangan ini boleh juga dijadikan lauk meja pengantin. (Ayam dibelah dua sahaja ).

19/02/2015

Sambal Belacan Pujuk Mertua



250 gram cili api, cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng (jangan dibuang biji & tangkai)
250 gram cili merah Cameron Highland
250 gram belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu atau Belacan Sabah (terpilih kerana kualiti udang geragaunya)
Satu cawan air Asam Jawa segar dari negara Thailand (Bakham Somkham)
Dua sudu teh gula 
Dua sudu minyak masak 
Dua labu bawang putih
Sedikit garam


1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak minyak
2. Goreng belacan sehingga hancur lebih kurang (3-5 minit)
3. Goreng dua labu bawang putih yang dilecet 
4. Gaul belacan yang digoreng dengan  satu cawan air asam jawa dan gula ... biarkan mendidih 10 minit.
5. Kisar cili api + cili merah sehingga 80% hancur
6. Masukkan air asam jawa yang dicampur belacan ke dalam pengisar
7. Kisar 2-3 minit sehingga hancur.
8. Garamkan secukup rasa dan hidang bersama keropok goreng atau timun / sengkuang / ulam / etc.


Jangan makan berseorangan, ajak mak mertua makan sekali ye...