31/10/2012

Burung Belatuk Belacan

[Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas].


frames
Pengelasan saintifik
-->
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Dendrocopos
Spesies: D canicapillus
Binomial: Dendrocopos canicapillus

[[{{{Ksubspesies}}}]]
Dendrocopos canicapillus canicapillus
Dendrocopos canicapillus doerriesi
Dendrocopos canicapillus scintilliceps
Dendrocopos canicapillus omissus
Dendrocopos canicapillus kaleensis
Dendrocopos canicapillus swinhoei
Dendrocopos canicapillus semicoronatus
Dendrocopos canicapillus gigantiusculus
Dendrocopos canicapillus mitchelli
Dendrocopos canicapillus delacouri
Dendrocopos canicapillus auritus
Dendrocopos canicapillus volzi
Dendrocopos canicapillus aurantiventris
Dendrocopos canicapillus nagamichii
Dendrocopos canicapillus obscurus
Dendrocopos canicapillus szetschuanensis
Burung Belatuk Belacan adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Dendrocopos canicapillus. Burung Belatuk Belacan merupakan burung spesies Asia dalam keluarga burung belatuk keluarga (Picidae). [1]

Ciri-ciri

Ia merupakan burung belatuk kecil, gelap dengan iris mata gelap. Belang hitam dan putih di atas, ia biasanya memiliki pelepah ekor tengah tidak berbelang. Bahagian bawah gelap berkilat memiliki jalur gelap menonjol. Atas kepala kelabu gelap– dengan belakang tengkuk merah bagi burung jantan –, belang mata gelap dan belang rahang ("malar") gelap nipis bertentang dengan pipi dan belang atas mata ("supercilia") yang luas putih.

Pembiakan

Burung Belatuk Belacan membiak dengan bertelur. Telur Burung Belatuk Belacan bercengkerang keras.

Habitat

Habitat semulajadinya adalah hutan tanah rendah lembab tropika, subtropika atau hutan paya bakau tropika, dan hutan montane subtropika dan tropika lembab.

26/10/2012

Pea Bees : Lagu Sambal Belacan


Kalau kumpulan Alleycats menyanyikan lagu Cinta Itu dengan mengumpamakan cinta seperti sambal belacan yang tetap dimakan orang meski kepedasannya mungkin membuat orang itu 'menangis', lain pula dengan kumpulan Pea Bees. Mereka berkisah tentang keenakan sambal belacan itu sendiri. Namun, kenalah juga baca sehingga habis.....


Kumpulan berasal dari Terengganu ini pernah menghasilkan sekurang-kurangnya 3 album yang unik bagi saya. Tiga album tersebut berjodol Berjamu Selera Dengan ... PEA BEES, Tayar Botak dan Buah-buahan Malaysia. 

Saya rasakan keunikan bukan sahaja terletak pada jodol album yang tidak komersil tetapi juga pada jodol dan lirik lagu-lagu mereka (terutama yang bertanda * di bawah). Yang rasanya tidak berani diterbitkan oleh kumpulan lain.......

Sayang sekali kesemua lagu kumpulan ini, kecuali lagu Burger Malaysia [lihat dan dengar di sini], tidak saya terjumpa di mana-mana laman web. 


BURGER MALAYSIA

Rupanya bulat terbelah di tengah
Berbagai ramuan dan ketchup
Disumbat penoh
Semua orang akan kata
Selepas merasanya
Pass… satu lagi
Rasanya enak sekali
Apa benda ini
Makanan zaman ini
Tak tahu tapi berahi

Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Menunggu kamu semua
Menikmati rasanya
Tak tahu dari mana datangnya
Makanan yang kini dianggap nasional

Diuruskan kaum belia yang ingin berjasa
Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Ku kata beri ku satu lagi
Rasanya enak sekali
Katanya yang mana
Yang bulat ke panjang
Ah… Usahlah ditanya
Katakan saja burger
Namanya jangan diambil kira
Rasanya sedap saja


Untuk album Berjamu Selera Dengan ... Pea Bees, terbitan  tahun 1982, mereka melagukan:

  • Burger Malaysia*
  • Teh Lambung*
  • Hayalan Mimpi
  • Durian*
  • Sepintas Lalu
  • Kena Loteri*
  • Jangan Membisu
  • Harmoni*
  • Nasibku Nasibmu

Di dalam album Tayar Botak, kumpulan yang dianggotai oleh Joey, Joel, Manzan dan Elkan bersenandung bersama lagu-lagu:

  • Tayar Botak*
  • Embun*
  • Kembali
  • Rayuanku
  • Pandu Laju*
  • Antara Dua Cinta
  • Gadis Sekolah*
  • Salina 
  • Ingin Tahu
  • Cuba Lagi*
  • Tayar Botak **(memang ada dua kali lagu Tayar Botak - setiap satu pada setiap muka kaset....)

Bagi album Buah-buahan Malaysia, terbitan tahun 1981, kumpulan  ini menyanyikan lagu-lagu:

  • Buahan Malaysia*
  • T.L.R.C*
  • Jeruk Petai*
  • Rokok?*
  • Sambal Belacan*
  • Aedes*
  • Cinta
  • Cik Adik Sayang
  • Pisang Tak Berbuah Dua Kali
  • Nasi Kunyit*
  • Ku Tahu Kini
  • Denggi*
Album Buah-buahan Malaysia cukup saya kenang. Paktam saya yang bekerja di Terengganu membawa pulang album tersebut. Setiap hari saya mainkan lagu-lagu yang terdapat di dalamnya hingga sebahagiannya masih lekat di ingatan. 



Saya cuba menyemak dari kulit album ini yang dipaparkan oleh seorang penyimpan khazanah muzik, malangnya, tidak begitu jelas di mata saya. Lalu terpaksalah digunakan deria sendiri untuk mencari.

Anda telitilah sebahagian lirik yang saya simpan di minda, berjaya diselongkar, yang muncul kembali ketika menulis tentang belacan......

T.L.R.C:
(maksud TLRC adalah teh lambung - teh tarik - dan roti canai. Untuk album Berjamu Selera... ada lagu Teh Lambung. Saya tidak tahu adakah persamaan pada kedua-duanya kerana tidak pernah mendengar lagu Teh Lambung).

Yang saya ingat hanyalah:
mamak
beriku satu teh lambung
...........
...........
mamak
roti canai tak cukup lagi

Pada hujung lagu terdapat dialog:
Mamak, kira berapa semua!

Jeruk Petai:

Kuberjalan di lorong itu
............
apa baunya itu
apa baunya itu
kutanyakan kawanku
apa itu?
itulah jeruk petai

Rokok?:

Kau merokok?
Ku tak peduli
jangan hembuskan asapmu ke mari

Cik Adik Sayang:
(Lagu ini saya ingat hampir 75% liriknya kerana pernah dimainkan juga di dalam acara 'music chair' bagi Pesta Sukan Rakyat sekolah lalu popular sekejap di bibir para pelajar....)

Hai cik adik
mengapa kau berpakaian begitu
..............
Tahukah engkau 
cinta itu hanya mainan
usah membakar diri sendiri

Hai cik adik
tunggulah sabarlah sayang
kerana usiamu masih muda

Elok kau belajar dulu
masa depanmu akan terjamin
kalaulah sudah ada jodoh
bolehlah[barulah] kita naik pelamin....
Cik adik!

Nasi Kunyit:

.........................
.........................

c/o
Nasi kunyit masakan Melayu
'dah terkenal sejak dahulu
kecil besar tua muda semua tahu
diguna pelbagai cara
majlis kecil majlis besar
nasi kunyit memang kebanggaan kita!

Sambal Belacan:

Jikalau anda
ingin makan di warung atau di restoran
jangan lupakan ulam-ulam
dan sambal belacan

sambal ciptaan nenek moyang
................
...................

Sambal belacan
sambal belacan
segera membuka selera makan
tanpanya ku takkan datang
makan di rumahmu
bila diundang.....

Demikianlah penangan sambal belacan....

Cinta Sambal Belacan



Alleycats telah merakamkan lagu Cinta Sambal Belacan (Cinta Itu) pada tahun 1982  di dalam album kucing. Album tersebut turut mengandungi lagu-lagu hit termasuklah Andainya Aku Pergi Dulu, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Luka Lama Terguris Kembali, Rayuan Di Puncak Genting dan Tiap Yang Mula. 

Lirik lagu tersebut mengumpamakan cinta seperti sambal belacan, dimakan orang juga meski pun kepedasannya kadang kala boleh membuatkan air mata mengalir!

Hayatilah lirik lagu itu, tatkala anda sedang menghayati keenakan serta kepedasan sambal belacan!

"kalau anda suka makan ikan parang
bila makan haruslah berhati-hati
takut kalau tersengkang tulangnya
hoho... takut kalau tersengkang tulangnya

kalau anda suka bermain dengan cinta
jaga-jaga jangan sampai hati luka
kerana cinta banyak godaannya
hati-hati jangan sampai terluka

cinta itu boleh diumpamakan bagai
makan sambal belacan
walau pedas hingga mengalir air mata
masih mahu dimakan jua

cinta jangan dibuat macam goreng pisang
sungguh enak makan bila panas-panas
bila ia sejuk jadi kurang enak
hohoho.. sudah hilang sedapnya"

25/10/2012

Nasi Ayam Penyet. Berbaloi-baloi!

Sumber: http://melinblossom.blogspot.com


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Assalamualaikum. Ya ampunn, sedap sungguh hidangan ni. Ayamnya sedap, sambalnya pun sedap. Hubby paling suka ayamnya tapi aku berkenan sungguh dengan sambalnya. Lain benor rasa. Meratah ayam dengan sambalnya saja. Biasa masak nasi ayam guna sambal kicap tapi kali ni lain sungguh. Sangat sedap! Tapi supnya aku guna kaedah aku sendiri. Jadi supnya lain dari resepi asal. Walaupun agak jenuh juga nak buat, yela banyak proses tapi alhamdulillah memang berbaloi-baloi. Licin kami makan. Syukur alhamdulillah.

Resepi:
myr

NASI AYAM PENYET 

( Hidangan 6 orang)

Untuk nasi


Bahan:- 

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Kaedah:-
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Untuk Ayam
 
Bahan:- 
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)- guna air ni utk masak nasi dan sup
  • ½ sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar biji ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Kaedah:-
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
 
Untuk Sup: sila CLICK
Untuk Sambal

Bahan:- 
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji bawang putih, hiris
  • 5 biji tomato, potong 4
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu ikan bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 
Kaedah:- 
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Sumber:  http://aziejaya.blogspot.com/


5-6 cili merah
1 besar ibu jari belacan
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Ayam - potong kecil (opsyenal)
Segenggan Ikan bilis
Garam
Sayuran disukai
2 biji telur 
Nasi

Tumbuk cili merah dan belacan kasar kasar. Ayam dibubuh garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat dan ketepikan bila dah masak. Goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.


Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng sekejap jer. Kalau suka, pecahkan telur sebelum dimasukkan nasi. Masukkan garam dan dikacau rata.



Tutup api dan masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata dengan nasi yang digoreng. 


Boleh tabur bawang goreng dan daun bawang, jika suka. Makan nasi goreng dengan ayam yang telah digoreng.



 

24/10/2012

Mee Goreng Belacan Basah

Sumber: http://resepi.mesra.net/ 9.00 Kiriman: Amu Awie Sumber: Turun-Temurun Hits: 248 Rating: 9.00 


Bahan-Bahan:
Bahan-bahan :-

1 bungkus Mee kuning
3 biji bawang besar (di blander 2 biji)
5 biji bawang putih (di blander)
2 sudu besar belacan (diblander)
1 ½ tomato puri
ayam / daging (dipotong kecil)
sayur sawi / taugeh (ikut kegemaran)
2 biji telur
gula dan garam secukup rasa

Cara:
Cara-cara :-

1 biji bawang besar dipotong halus dan di goreng.

Kemudian masukkan ayam/daging. Goreng sehingga masak.

Kemudian masukkan semua bahan blander. Kacau hingga naik bau.

Kemudian masukkan tomato puri. Kacau lagi sehingga naik minyak.

Kemudian masukkan Mee tadi dan gaul sehingga rata.

Masukkan telur, sayur, garam dan gula. Masak sehingga semuanya rata.

Mee Goreng Belacan Basah sedia di hidang.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan dengan sos, bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Tambahan:
Jangan masukkan telur sebelom masukkan Mee.
Jika tidak Mee tadi akan menjadi meleket.

Ayam goreng belacan

Bahan-bahan:
12-15 keping kepak ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar madu
1 sudu kecil dark soya sauce
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
1 biji cili merah
2cm halia
2 biji bawang merah
1 inci belacan

cara:
  • satukan semua bahan dan kacaukan sebati sehingga menjadi paste
  • tambahkan sedikit air jika terlalu pekat
  • kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati
  • perapkan selama 1 jam atau lebih
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan masak
  • hidangkan panas2
Sumber: http://noreen-homecooking.blogspot.com/

Sambal Belacan Nenas

Sumber: Myresepi.com[sukasuka@myresipi.com]

Pic010
sedap dimakan dgn sayur air dan ikan masin.


Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )

  • 3 biji lada merah
  • 7 biji cili api
  • 1 - 2 inci belacan (bakar sekejap)
  • 1 potong nenas masak
  • 1 sudu kecil gula pasir

Cara-cara

  1. Tumbuk lada merah, cili api hingga lumat.
  2. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
  3. Akhir sekali masukkan nenas yang telah dihiris-hiris dan tumbuk sekejap
  4. Masukkan gula dan digaul hingga sebati.
  5. Selamat mencuba........

Sotong Goreng Belacan

Sumber: Potretkasih.com



Hidangan tengahari tadi saya masak sotong  goreng belacan…. Actually ni first time masak sotong bubuh belacan. Dapat Idea ni masa blogwalking kat Saji Online… tapi bahan2nya semua saya tukar kerana saya ikut apa yang ada kat dapur saya… Sedap gak masak macam ni….  boleh buat lagi next time kerana anak2 saya suka…

Resepi Sotong belacan
  • 300 gm sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
  • 1 labu  bawang besar (hiris)
  • 4 biji  cili merah(hiris)
  • 2 cm belacan
  • 3 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 4 tangkai daun kucai
  • 3 hiris karot ( dipotong memanjang)
  • sedikit daun ketumbar ( dipotong )
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit gula ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar, belacan dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, sotong, karot dan kucai.
3. Masak hingga sotong  dan sayuran hingga layu.
4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

23/10/2012

Resipi Sambal Belacan

Percaya atau tidak ada yang tak tahu bagaimana nak buat sambal belacan? Di sini ada cara yang mudah dan sedap!

Bahan-bahannya

10 tangkai cili padi
5 tangkai cili merah
jus limau
belacan
garam
gula

Cara membuatnya

Masukkan semua cili ke dalam pengisar. Masukkan jus limau agak-agak sehingga pengisar boleh bergerak. Masukkan sedikit garam. Masukkan 1 senduk gula. Masukkan jua belacan. Kisar tidak terlalu halus. Sedia dihiang. Boleh juga cincang mangga muda atau potong tomato untuk dicampur dengan sambal. Sedia dihidang.
 
-sumber:
            Citarasaramai.bs.com.

20/10/2012

KACANG BENDI GORENG BELACAN

sumber: Inisayapunyacerita.bs.com



BAHAN-BAHAN :
500 grm kacang bendi

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :
Segengam ikan bilis atau udang kering -basuh
3 biji bawang merah-kupas kulit
3 ulas bawang putih -kupas kulit
2 biji cili merah - kalau suka pedas masuk lagi banyak cili
2 cm belacan
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kacang bendi dipotong nipis- nipis menyerong .

- Tumis bahan tumbuk , kacau sampai naik bau lepas tu masukkan kacang bendi
- kacau lagi jika kurang masin tambahlah lagi garam
- bila kacang dah layu tu tanda dah masak dan boleh ditutup api dapur.

Selamat Mencuba !

19/10/2012

Kangkung Goreng Belacan..




Bahan2 :
  • 1 ikat kangkung
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 2 biji cili api*
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 inci belacan
  • Sedikit garam dan serbuk perisa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan :
  • Panaskan sedikit minyak masak
  • Tumbuk kasar semua bahan2 yang bertanda * dan tumis seketika sehingga naik bau
  • Masukkan belacan dan biarkan seketika
  • Seterusnya masukkan kangkung yang telah dikerat dan dicuci bersih, kacau dan biarkan layu sedikit..
  • Masukkan kicap cair, sos tiram,garam dan sedikit serbuk perisa dan kacau sebentar sebelum diangkat untuk dihidangkan..
sumber:
            jajazack.blogspot.com