12/01/2015

Ikan Cencaru Masak Sambal Belacan

sumber: myresipi.com


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 2 ekor ikan cencaru sederhana besar
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 2-3 tangkai cili merah
  • Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Serbuk kunyit dan garam (untuk menggoreng ikan)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka makan aji)

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan kecuali daun kari dan bawang besar dengan air asam jawa (seperti membuat sambal belacan)
  2. Tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan berbau wangi
  3. Akhir sekali, masukkan daun kari dan bawang besar. Masak sehingga daun kari dan bawang layu
  4. Jika mahu sambal yang kurang pekat, bolehla dimasukkan sedikit air
  5. Ikan cencaru digoreng terlebih dahulu bersama garam dan kunyit
  6. Angkat kuah sambal tadi dan dituangkan ke atas ikan
  7. Kalau saya, saya suka guna asam jawa adabi (rasa lain sket, sedap semcm jek..)

No comments:

Post a Comment