250 gram cili api, cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng (jangan dibuang biji & tangkai) 250 gram cili merah Cameron Highland 250 gram belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu atau Belacan Sabah (terpilih kerana kualiti udang geragaunya) Satu cawan air Asam Jawa segar dari negara Thailand (Bakham Somkham) Dua sudu teh gula Dua sudu minyak masak Dua labu bawang putih Sedikit garam 1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak minyak 2. Goreng belacan sehingga hancur lebih kurang (3-5 minit) 3. Goreng dua labu bawang putih yang dilecet 4. Gaul belacan yang digoreng dengan satu cawan air asam jawa dan gula ... biarkan mendidih 10 minit. 5. Kisar cili api + cili merah sehingga 80% hancur 6. Masukkan air asam jawa yang dicampur belacan ke dalam pengisar 7. Kisar 2-3 minit sehingga hancur. 8. Garamkan secukup rasa dan hidang bersama keropok goreng atau timun / sengkuang / ulam / etc. Jangan makan berseorangan, ajak mak mertua makan sekali ye... |
19/02/2015
Sambal Belacan Pujuk Mertua
15/02/2015
Mee Goreng Belacan Basah
|
13/02/2015
Ikan Bawal Sambal Belacan Asam Mangga
Bahan-Bahan: | |
1 ekor ikan bawal sederhana besar yang siap digoreng bersama kunyit dan garam Bahan A - ditumbuk lumat 5 tangkai cili merah 8 tangkai cili api 2.5 cm belacan (sebesar 2 jari) ½ sudu teh garam @ secukup rasa 1/3 sudu teh gula @ secukup rasa | Bahan B 1/3 cawan perahan air asam jawa/limau 1/3 cawan air suam 2 biji mangga muda (dicincang) 2 ulas bawang merah (dihiris) ¼ sudu teh kicap cair |
Cara: | |
Bahan A yang ditumbuk lumat (sambal belacan)dicampur bersama bahan B.Gaulkan sebati dan selepas itu tuangkan di atas ikan yang siap digoreng. Hiriskan daun ketumbar sebagai hiasan. | |
Cadangan Hidangan: | |
Sedap dimakan bersama hidangan lauk kampung spt ulam-ulaman & ikan masin. | |
Tambahan: | |
Ikan bawal jangan digoreng terlalu garing utk mengelakkan rasa manis ikan. Untuk lebih pedas, bolehlah lebihkan cili dlm bahan A. |
06/02/2015
Nasi Goreng Belacan Seafood
Bahan-Bahan: | |
4 biji cabai hijau 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit daging ayam (dipotong kecil) 5 ekor udang 3 ekor sotong (dipotong kecil) 1 mangkuk besar nasi putih | 2 sudu besar sos tiram sedikit belacan garam secukup rasa satu sudu kecil serbuk sup 2 sudu kecil gula sepotong kobis bunga sedikit minyak masak |
Cara: | |
1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali. 3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar. 4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit. 5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang. | |
Cadangan Hidangan: | |
Boleh dihidang untuk2-4 orang |
Subscribe to:
Posts (Atom)