Bahan-Bahan: |
Bahan-bahan :-
1 bungkus Mee kuning 3 biji bawang besar (di blander 2 biji) 5 biji bawang putih (di blander) 2 sudu besar belacan (diblander) 1 ½ tomato puri ayam / daging (dipotong kecil) sayur sawi / taugeh (ikut kegemaran) 2 biji telur gula dan garam secukup rasa | |
Cara: |
Cara-cara :-
1 biji bawang besar dipotong halus dan di goreng.
Kemudian masukkan ayam/daging. Goreng sehingga masak.
Kemudian masukkan semua bahan blander. Kacau hingga naik bau.
Kemudian masukkan tomato puri. Kacau lagi sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan Mee tadi dan gaul sehingga rata.
Masukkan telur, sayur, garam dan gula. Masak sehingga semuanya rata.
Mee Goreng Belacan Basah sedia di hidang.
|
Cadangan Hidangan: |
Sesuai dimakan dengan sos, bawang goreng, daun bawang dan daun sup. |
Tambahan: |
Jangan masukkan telur sebelom masukkan Mee. Jika tidak Mee tadi akan menjadi meleket. |
No comments:
Post a Comment