250 gram cili api, cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng (jangan dibuang biji & tangkai) 250 gram cili merah Cameron Highland 250 gram belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu atau Belacan Sabah (terpilih kerana kualiti udang geragaunya) Satu cawan air Asam Jawa segar dari negara Thailand (Bakham Somkham) Dua sudu teh gula Dua sudu minyak masak Dua labu bawang putih Sedikit garam 1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak minyak 2. Goreng belacan sehingga hancur lebih kurang (3-5 minit) 3. Goreng dua labu bawang putih yang dilecet 4. Gaul belacan yang digoreng dengan satu cawan air asam jawa dan gula ... biarkan mendidih 10 minit. 5. Kisar cili api + cili merah sehingga 80% hancur 6. Masukkan air asam jawa yang dicampur belacan ke dalam pengisar 7. Kisar 2-3 minit sehingga hancur. 8. Garamkan secukup rasa dan hidang bersama keropok goreng atau timun / sengkuang / ulam / etc. Jangan makan berseorangan, ajak mak mertua makan sekali ye... |
19/02/2015
Sambal Belacan Pujuk Mertua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment