13/02/2015

Ikan Bawal Sambal Belacan Asam Mangga


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar yang siap digoreng bersama kunyit dan garam

Bahan A - ditumbuk lumat
5 tangkai cili merah
8 tangkai cili api
2.5 cm belacan (sebesar 2 jari)
½ sudu teh garam @ secukup rasa
1/3 sudu teh gula @ secukup rasa
Bahan B
1/3 cawan perahan air asam jawa/limau
1/3 cawan air suam
2 biji mangga muda (dicincang)
2 ulas bawang merah (dihiris)
¼ sudu teh kicap cair
Cara:
Bahan A yang ditumbuk lumat (sambal belacan)dicampur bersama bahan B.Gaulkan sebati dan selepas itu tuangkan di atas ikan yang siap digoreng. Hiriskan daun ketumbar sebagai hiasan.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama hidangan lauk kampung spt ulam-ulaman & ikan masin.
Tambahan:
Ikan bawal jangan digoreng terlalu garing utk mengelakkan rasa manis ikan.

Untuk lebih pedas, bolehlah lebihkan cili dlm bahan A.

No comments:

Post a Comment