09/01/2015

Kacang Buncis Goreng Belacan

Sumber: kongsiresipi.com



Bahan-bahan
  • 300 gm kacang buncis
  • 1 bungkus jagung sayur
  • 1 inci belacan di bakar terlebih dahulu
  • 2 bawang putih
  • 4 bawang merah
  • 1 sudu besar ikan bilis-buang kotoran, cuci dan tos
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Tumbuk belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili kering.
  2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di tumbuk tadi.
  3. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan kacang buncis yg di patah2kan, masukkan juga jagung sayur dan kacau sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau lagi, tambahkan garam dan sedikit gula.
  5. Kacau lagi dan jngn lama sangat takut kacang buncis layu.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan.

08/01/2015

Sayur Kacang Goreng Belacan

Sumber: kongsiresipi.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas2 je. Sayur kacang panjang campur udang...lauk ni mmng menjadi kegemaran anak2. Rasanya yg tak berapa pedas membuatkan anak saya makan nasi bertambah. Lauk sampingan lain saya masak ikan masak sambal, jadi mmng kenalah dngn sayur lemak ni. Oklah mari kita lihat bahan yg mudah ni.


BAHAN-BAHAN
  • 15 btng kacang panjang, cuci, toskan dan patah2kan
  • 2 keping tauhu keras- di goreng dan di ptng kecil
  • 10 ekor udang atau lebih
  • secekak soo hoon-rendam sebentar
  • 1 cawan santan sederhana pekat.
  • 2 biji lada merah, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, hiris
  • sedikit udng kering/ikan bilis
  • 1/2 inci belacan, larutkan dengan 2 sudu besar air
  • Garam dan sedikit gula

CARA-CARA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, lada merah dan udang kering/ikan bilis sehingga layu.
  2. Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan di potong kecil...goreng sekejap.
  3. Masukkan belacan yg di bancuh dngn sedikit air dan kacau rata.
  4. Masukkan kacang panjang dan udang....gaul sebati. Masukkan soo hoon yg di rendam dan gaul lagi.
  5. Masukkan santan dan jika perlu tambahkan sedikit air.
  6. Tambahkan garam dan gula dan masak sehingga kacang panjang empuk tetapi masih rangup.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih hangat.

07/01/2015

Terung Goreng Belacan


Sumber: kongsiresepi.com




Bahan-Bahan
  • 4 batang terung-di buang kulit sedikit, belah dua dan potong serong
  • sedikit belacan *
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 cwn ikan bilis*-rendam,cuci dan toskan
  • 5 cili merah *
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Kisar belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili merah.
  2. Tumis bahan yg dikisar tadi dengan sedikit minyak sehingga naik bau,
  3. Masukkan terung dan masukkan sedikit air..... tumis sampai sebati.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula...gaul sebati dan tutup kuali sekejap dngn menggunakan tutup periuk.
  5. Buka tudung periuk, gaul lagi...perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih hangat bersama lauk kegemaran anda semua.