06/02/2015

Nasi Goreng Belacan Seafood

Bahan-Bahan:
4 biji cabai hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daging ayam (dipotong kecil)
5 ekor udang
3 ekor sotong (dipotong kecil)
1 mangkuk besar nasi putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit belacan 
garam secukup rasa
satu sudu kecil serbuk sup
2 sudu kecil gula
sepotong kobis bunga
sedikit minyak masak
Cara:
1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali.
3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar.
4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit.
5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang untuk2-4 orang

12/01/2015

Ikan Cencaru Masak Sambal Belacan

sumber: myresipi.com


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 2 ekor ikan cencaru sederhana besar
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 2-3 tangkai cili merah
  • Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Serbuk kunyit dan garam (untuk menggoreng ikan)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka makan aji)

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan kecuali daun kari dan bawang besar dengan air asam jawa (seperti membuat sambal belacan)
  2. Tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan berbau wangi
  3. Akhir sekali, masukkan daun kari dan bawang besar. Masak sehingga daun kari dan bawang layu
  4. Jika mahu sambal yang kurang pekat, bolehla dimasukkan sedikit air
  5. Ikan cencaru digoreng terlebih dahulu bersama garam dan kunyit
  6. Angkat kuah sambal tadi dan dituangkan ke atas ikan
  7. Kalau saya, saya suka guna asam jawa adabi (rasa lain sket, sedap semcm jek..)

11/01/2015

Ayam Sambal Belacan

 Sumber: myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

    P1260939
  • 2 ulas bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 btg cabai besar
  • 2 cili padi
  • 1 btg serai
  • halia sebesar ibu jari
  • belacan sebesar ibu jari
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu mkn gula
  • sedikit perasa
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 1/2 cwn air
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 2 1/2 sudu mkn kicap manis
  • 5 ketul aym(siap d goreng)

Cara-cara

  1. tumbuk bwg besar,bwg putih dgn cabai besar 1 btg shgga hancur..kemudian hiris serai kecil2 dan tumbuk sekali smpai hancur.masuk kan halia dgn belacan,tumbuk sekali lg smpai hancur..
  2. panas kan minyak masak..masuk kan bahan tumbuk td kacau sehingga bau..masuk kan air,sos dan kicap..kacau rata..kemudian masukkan ayam..biar seketika dahulu..
  3. hiris cabai besar,cili padi..masukkan dlm masakkan td..perah limau kasturi dlm masakkan..kacau sehingga rata..biar sampai masakkan menjadi pekat..
  4. siap untuk di makan bersama nasi putihh..