24/10/2012

Sotong Goreng Belacan

Sumber: Potretkasih.com



Hidangan tengahari tadi saya masak sotong  goreng belacan…. Actually ni first time masak sotong bubuh belacan. Dapat Idea ni masa blogwalking kat Saji Online… tapi bahan2nya semua saya tukar kerana saya ikut apa yang ada kat dapur saya… Sedap gak masak macam ni….  boleh buat lagi next time kerana anak2 saya suka…

Resepi Sotong belacan
  • 300 gm sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
  • 1 labu  bawang besar (hiris)
  • 4 biji  cili merah(hiris)
  • 2 cm belacan
  • 3 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 4 tangkai daun kucai
  • 3 hiris karot ( dipotong memanjang)
  • sedikit daun ketumbar ( dipotong )
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit gula ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar, belacan dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, sotong, karot dan kucai.
3. Masak hingga sotong  dan sayuran hingga layu.
4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

23/10/2012

Resipi Sambal Belacan

Percaya atau tidak ada yang tak tahu bagaimana nak buat sambal belacan? Di sini ada cara yang mudah dan sedap!

Bahan-bahannya

10 tangkai cili padi
5 tangkai cili merah
jus limau
belacan
garam
gula

Cara membuatnya

Masukkan semua cili ke dalam pengisar. Masukkan jus limau agak-agak sehingga pengisar boleh bergerak. Masukkan sedikit garam. Masukkan 1 senduk gula. Masukkan jua belacan. Kisar tidak terlalu halus. Sedia dihiang. Boleh juga cincang mangga muda atau potong tomato untuk dicampur dengan sambal. Sedia dihidang.
 
-sumber:
            Citarasaramai.bs.com.

20/10/2012

KACANG BENDI GORENG BELACAN

sumber: Inisayapunyacerita.bs.com



BAHAN-BAHAN :
500 grm kacang bendi

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :
Segengam ikan bilis atau udang kering -basuh
3 biji bawang merah-kupas kulit
3 ulas bawang putih -kupas kulit
2 biji cili merah - kalau suka pedas masuk lagi banyak cili
2 cm belacan
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kacang bendi dipotong nipis- nipis menyerong .

- Tumis bahan tumbuk , kacau sampai naik bau lepas tu masukkan kacang bendi
- kacau lagi jika kurang masin tambahlah lagi garam
- bila kacang dah layu tu tanda dah masak dan boleh ditutup api dapur.

Selamat Mencuba !