20/09/2013

Resepi : Sambal Belacan

sumber: Reenaonline.com
Permintaan / request untuk resepi sambal belacan ni sebenarnya 
datangnya dari kawan pejabat i (alololo... comel je kan, 
minta resepi sambal belacan. Hehehe. You know who you are). 
Sebab i pun taksure samada dia dah berjaya buat atau belum 
resepi ni. Dan memandangkan dia pun rajin skodeng blog i (cak!) 
untuk tengok resepi-resepi yang i tepekkan dekat sini. 
Jadi, sebagai sumber rujukan i sendiri dan kawan-kawan i 
yang lain. I nak tunjukkan korang resepi sambal belacan style / cara
 i sendiri. Tak tahulah sedap ke tak untuk orang lain tapi kalau untuk
 i sedap jelah terutama sekali kalau makan dengan nasi panas-panas,
 kari ayam ke atau cicah begitu sahaja dengan timun serta mempelam.
 Kadang-kadang tu i gaul je sambal belacan ni dengan durian
 (mmm... nyam-nyam). Terpulanglah apa cara pun korang nak makan
 sambal belacan ni janji best! Hehehe...
Bahan-bahan (untuk satu mangkuk kecil) :

5 batang cili merah
4 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi)
2 biji limau kasturi
Sedikit belacan sebesar ibu jari (nak bakar boleh, tak nak bakar 
pun boleh. I selalunya tak bakar pun)
Sedikit garam

1. Cili merah dibuang bijinya (ada sesetengah orang tak suka buang, 
tapi 
terpulang pada korang). Blend/ Kisar bersama-sama cili padi dan belacan 
dengan satu sudu besar air masak. Kalau nak tumbuk semua sekali pun 
boleh juga tapi tak perlu tambahkan air masak sebab takut terpercik.

2. Selesai blend atau tumbuk, perahkan air limau kasturi, gaul dan taburkan 
bersama-sama sedikit garam. Kadar kemasinan sambal belacan korang
 bergantung kepada berapa banyaknya garam, jadi berhati-hati ye.

3. Siap untuk dihidangkan (hoorey!)

Amacam, senang tak buat sambal belacan? Senang je kan? Selamat mencuba
kawan-kawan!

19/01/2013

SAMBAL BELACAN IKAN TENGGIRI MASIN

Dari:

Sambal belacan ini juga boleh ditambahkan dengan buah bacang dan mangga masak.

SAMBAL BELACAN IKAN TENGGIRI MASIN

 
Waktu memasak : 2 minit
Saiz hidangan untuk :
 4 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ketul ikan tenggiri masin                           l digoreng
  • 6 biji cili merah                                               l direbus dan ditos
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu makan gula
  • 2cm belacan
     
CARA MEMASAK:
  1. Tumbuk cili merah sehingga lumat.
  2. Masukkan tomato dan tumbuk lagi sehingga halus.
  3. Masukkan gula dan belacan dan gaul sebati.
  4. Pecah-pecahkan ikan tenggiri masin dan gaul.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam piring. Sedia dihidangkan.

Seperti Kera Kena Belacan

Animasi “Seperti Kera Kena Belacan” merupakan salah satu animasi yang terdapat dalam CD terbitan Bahagian Multimedia iaitu Cerita Peribahasa-Kera

Sila ke sini [laman multimedia DBP] untuk menonton hasil animasi berdurasi 6 minit tersebut.

Asparagus Masak Belacan & Udang Kering (Thai)

Sumber: SiniMesra.net - Malaysia Directories & Information


Bahan-Bahan:
1 genggam tangan asparagus (biasanya supermarket akan jual sayur ini dalam kuantiti sebegini)
sedikit belacan (dibakar dahulu)
1 sudu besar udang kering (direndam setengah jam dalam air)
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi (jika ingin pedas)
bawang merah
Cara:
1. tuskan udang kering dah letak kedalam batu lesung atau blender. tambahkan belacan, cili-cili dan bawang. tumbuk atau blender sehingga separa lumat (jika ingin lebih 'authentic' anda perlu menumbuknya dengan batu lesung).

2. cucikan asparagus dan potong dengan saiz 1 1/2 inci panjang.

3. panaskan minyak dengan api kecil dan tumiskan bahan yang ditumbuk untuk 1 minit. 'adjust' rasa dengan garam dan gula.

4. masukkan asparagus yang dipotong. 'stir-fry' seketika kemudian tutupkan. biarkan untuk 1 hingga dua minit.

5. setelah asparagus sudah masak (ia tidak perlu dimasak terlalu lama kerana asparagus lembik memang tak sedap), angkat dan hidangkan.
Tambahan:
recipe ini diolah dari hidangan asparagus yang saya kerap makan di restoran thai yang 'banquet' style (bukan jenis gerai tomyam kerana gerai-gerai tersebut mana ada asparagus). sesuai dimakan dengan 'pandan chicken' dan kari hijau thai, ataupun apa jua lauk melayu yang masak lemak.

Sambal Belacan (Guna Blender)

Sajian Dapur Bonda
Sumber: Sini
 




Hari ini Kak Noor nak muatkan resepi sambal belacan cara Kak Noor.  Kalau dahulu kalau nak buat sambal belacan ini memerlukan lesung batu untuk menumbuknya tetapi sekarang ada kaedah baharu yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan blender basah.   Masuk semua bahan di dalam blender dalam satu masa kemudian dikisar.  Dah siap sambal belacan! Cepat dan mudahkan...  Pun begitu ramai yang  berpendapat hasilnya tidaklah sesedap jika ia ditumbuk menggunakan lesung batu.  Apapun, Kak Noor akur dengan pendapat ini.  Kenapa sambal belacan lebih sedap jika kita menggunakan lesung batu?  Adakah disebabkan aura yang ada pada batu lesung itu?


Sambal belacan yang dibuat menggunakan blender


Sekarang ini Kak Noor jarang sekali menumbuk sambal belacan menggunakan lesung.  Suatu ketika dulu Kak Noor memang menggunakan lesung batu menumbuk sambal belacan.    Tetapi sejak penumbuknya hilang dan tinggal lesung sahaja, maka sejak hari itu Kak Noor menggunakan blender sahaja.  Okay lah juga... apapun hasilnya adalah sambal belacan.


Jom tengok macam mana Kak Noor buat sambal belacan menggunakan blender.  Memang mudah sesangat.  Apapun penyediaan bahan-bahan untuk membuat sambal belacan mesti complete.

Bahan-bahannya:
7 biji cili hidup segar - dibelah dua dan dibuang biji
5 - 6  biji cili padi merah - (boleh dikurangkan dan ditambahkan, bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 sudu besar pati asam jawa Xtra ABADI
2 sudu besar jus limau kasturi
Belacan secukupnya - dipanggang/dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam, gula, serbuk perasa

Masukkan semua bahan di atas di dalam blender basah bersama sedikit air (gunakan air mineral, air masak, atau air yang telah ditapis).  Air yang digunakan tidak boleh banyak, nanti sambal cair.  Agak-agaklah, sekadar untuk bahan-bahan di dalam blender tadi boleh dikisar.  Kisar jangan sampai lumat.  Kalau kita buat dalam kuantiti yang banyak, boleh dimasukkan di dalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais.  Selain dimakan bersama ulam, sambal belacan juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur kangkung dan memasak nasi goreng, dan dicampur dengan kicap dan gula sebagai bahan pencicah mangga. Hai.... terliur bila sebut mangga cicah sambal belacan kicap ni.

Sambal Mangga

Dari:


Pilih mangga yang sedang-sedang masak agar sambal ini bertambah enak.

sambal mangga

Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN
 
  • 1 biji mangga | diparut
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 2cm belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
 
1. Tumbuk bawang besar, cili api, cili merah dan belacan sehingga lumat.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tumbuk lagi dan gaul rata.
3. Gaulkan dengan mangga yang diparut tadi dan hidangkan.


Sambal Hijau

Dari:

Sebaiknya ditumis hingga cili benar-benar masak.

SAMBAL HIJAU

Waktu memasak : 15 minit
Saiz hidangan untuk :4 orang
 
 
BAHAN-BAHAN
  • 5 biji cili hijau besar - dikisar
  • 10 bili cili api             - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Udang geragau secukupnya | digoreng [udang inilah yang digunakan untuk membuat belacan...]
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
 
BAHAN ULAM:
  • Petai secukupnya
  • Terung rinbang secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Kisar cili hijau besar, cili api, dan bawang besar
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.
3. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan bersama bahan ulaman.

SAMBAL BELACAN MANGGA BERSANTAN

Dari:


SAMBAL BELACAN MANGGA BERSANTAN

 
BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 20gm belacan | dibakar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji mangga muda | dimayang halus
  • 2 sudu makan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang besar dan juga belacan hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Gaulkan rata
3. Gaulkan bersama hirisan mangga muda hingga sebati.
4. Akhir sekali, tuangkan sedikit santan dan sedia dihidang.

SAMBAL BELACAN KELANTAN, SAMBAL BELACAN SIMPLE, SAMBAL BELACAN JAWA , SAMBAL TOKTOK JAWA, SAMBAL ASAM DAN SAMBAL ULEK

Sambal belacan ni cuma biasa2 aje..hanya campuran cili padi, belacan, garam, gula, air limau nipis..digaulkan dengan nenas cincang, tomato cincang dan bawang besar yang dimayang halus.. sesuai untuk cecahan ikan bakar atau pembuka selera semasa makan nasi..

Bila sebut sambal belacan, tak lengkap kalau tak ada ulam-ulaman. Setiap negeri ada kelebihan sendiri dalam menyediakan sambal. Di dalam majlis kenduri orang-orang Pantai Timur, sambal ini adalah satu kemestian. Satu kelainan sambal belacan ini ialah ia tidak digandingkan dengan ulam-ulaman seperti lazimnya tetapi ia hanyalah pelengkap hidangan atau pembuka selera di mana jika tidak ada sambal, tidak lengkaplah hidangan tersebut.

Walaupun sambal ini agak cair, tapi rasanya adalah unik dan tersendiri. Selain pelengkap hidangan majlis kenduri, ia juga boleh dijadikan cecahan untuk ikan bakar....

Di sini ingin saya kongsikan resipi sambal belacan istimewa tersebut.



SAMBAL BELACAN ISTIMEWA KELANTANESE STYLE

Bahan-bahan:

20 biji lada kering, buang biji dan rendam dalam air panas
20 biji lada merah
20 biji cili padi & apa-apa jenis cili lagilah..
1/2 buku belacan, dibakar sekejap
5 biji bawang putih, dibakar hingga masak
10 biji bawang merah, dibakar hingga masak
2 sudu garam atau secukup kegunaan
1 cawan gula pasir atau secukup kegunaan
1/2 cawan cuka

Bahan-bahan lain:

Limau nipis, perah airnya
Limau kasturi, ambil air dan kulitnya sekali dihiris halus
2 biji tomato, dihiris halus-halus
1/4 biji nenas, dicincang halus-halus
1 biji mempelam muda, dicincang halus
2 labu bawang besar, dihiris halus gaul dengan garam, ramas2kan dan cuci dengan air paip untuk membuang getahnya

Caranya:

Campurkan semua cili, belacan, garam, gula, cuka dan bawang-bawang yang telah dibakar dan kisar hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota : Sambal ini tahan disimpan di dalam peti ais selama sebulan kerana campuran cuka yang telah dicampurkan ke dalamnya. Jika tak suka bawang, tak perlu dimasukkan bawang.

SAMBAL BELACAN SIMPLE
(sesuai untuk ulam-ulaman seperti ulam raja, jantung pisang rebus, bendi rebus, kacang panjang rebus dll)

Bahan-bahan:

5 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu belacan
1/4 sudu teh garam (bergantung kepada jenis belacan, jika belacan dah masin, kurangkan garam)
1 1/2 sudu gula
2 biji limau nipis
1 biji limau kasturi, dihiris dengan kuiit-kulitnya

Cara : Campurkan cili merah, cili api, belacan, garam dan gula ke dalam lesung. Tumbuk hingga lumat dan bergaul sebati. Keluarkan dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk. Perahkan limau nipis dan limau kasturi ke dalamnya. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Nota : Penggunaan gula dalam sambal belacan orang-orang pantai timur adalah satu kemestian kerana selera mereka lebih kepada manis dan pedas berbanding orang-orang negeri lain di Malaysia. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera.................

SAMBAL BELACAN JAVANESE STYLE
(maaf ye orang-orang jawa...... kalau salah ampun ya)

Bahan-bahan:

5 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu belacan
2-3 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
Limau kasturi - jika suka

Cara :

Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan satu persatu. Masukkan ke dalam lesung dan tumbuk lumat. Lebihan minyak dicampurkan ke dalam sambal yang telah ditumbuk tadi. Jika suka, perahkan air limau kasturi semasa menghidang.

SAMBAL TOKTOK (JAWA)

Bahan-bahan:

5 biji cili merah
3 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu belacan
1 genggam ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
secubit garam

Cara :

Panaskan minyak dan goreng semua bahan satu persatu. Kemudian ditumbuk lumat. Campurkan garam secukup rasa. Hidangkan dengan nasi putih, ikan goreng dan sayur bening...

SAMBAL ASAM PUCUK UBI REBUS
(Resipi Chik Ros Kota Tinggi - favorite I tau!!)


sambal asam, sesuai untuk pucuk ubi rebus** atau sayur-sayuran celur yang lain spt kobis, kacang panjang, jantung pisang dan lain-lain

**Pucuk ubi - direbus dengan sedikit garam, kemudian diperah airnya

SAMBAL ASAM

1 genggam ikan bilis, digoreng
1 sudu belacan
1/2 cawan air asam jawa
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
Garam gula secukup rasa

Caranya :

Mula-mula tumbukkan ikan bilis goreng, ketepikan. Kemudian tumbukkan cili dan bawang merah hingga halus, masukkan ke dalam ikan bilis tumbuk tadi. Campurkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sambal asam ini jangan terlalu pekat atau cair. Hendaklah secukup rasa pedas, masam dan manisnya. Hidangkan dengan pucuk ubi dan juga lauk asam pedas ikan mayong serta ikan kembung goreng.

SAMBAL ULEK (sesuai dimakan dengan ulam-ulaman, ikan goreng, ayam goreng berempah dan lain-lain)

Bahan-bahan:

5 biji cili merah
Segenggam cili api
2 sudu makan terasi (belacan)
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa dan secubit gula

Limau kasturi - jika suka

Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan. Masukkan kedalam lesung dan tumbuk lumat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidang begitu saja atau dicampur limau kasturi jika suka rasa lebih masam.


Selamat mencuba

Pengantarabangsaan Belacan

Sambal Belacan Chili paste三巴峇拉煎辣椒酱

Sambal is one of the most popular spicy condiments used in Southeast-Asian-influenced cuisine. Belacan is a Malay word.  It means dried shrimp paste. Sambal Belacan is dried shrimp chili paste. For Malaysian, Indonesian and Singaporean spicy food lover, sambal is one of the common spices easily found in their pantry. Due to the modern lifestyle many people opt to buy pre-packed readymade spices.  However considering the side effects of food preservatives, why not spend a little effort to make our own healthy Sambal Belacan paste?
Sambal Belacan Chili  Paste - Featured in Group Recipes 28th January 2012
The following is a recipe from Auntie Lan.  Again I’m only sharing the main ingredients.  Apologies for not giving detailed measurement as I didn’t manage to weigh the ingredients before she started to grind the paste. You can roughly adjust to your own liking. The following photo showed the measurement of half portion of the ingredients.  To get fine texture, we grind the ingredients in two batches.
We used blender to grind the chili ingredients. It may be too much of asking to follow the traditional custom using stone mortar to pound the chili into paste. However, sambal made using stone mortar is supposed to taste much better.  

If you wish to know how to use this chili paste, stay tune for my next post, coming soon! J

SAMBAL BELACAN CHILI PASTE
INGREDIENTS:
1) Dried chili( if you like it extra spicy add more chili), soak and remove the stump
2) 6-8 stalks of lemongrass, use only the white part and do away the green stalks
This was only half portion dried chili and lemongrass
3) Shallot, peeled
4) Belacan, cut pieces
Half portion
5) Turmeric powder (optional) – to add coloring to the chili paste
6)  Cooking oil
METHOD:
1.       Soak dried chili well. You can add bird’s eye chilies to increase the spiciness.
2.       Add belacan bit by bit. The degree of saltiness varies with different brands of belacan, so it is prudent to mix the belacan in little by little, tasting as you go along.
To avoid lumpy paste, we split ingredient into 2 batches.
3.       Blend the above ingredients with cooking oil until fine, the consistency should be as shown in the photo below and not lumpy.
4.       Heat wok and pour grind chili paste, add in one tablespoon turmeric powder and keep frying in low heat until the color changed to deep dark red and oil separated from the paste.
5.       Remove from heat, let it cool completely before storing in air tight container
Tips:
You may keep the sambal belacan paste in an air tight container in the fridge to last for at least 2 weeks.
峇拉煎辣椒酱/三巴辣椒酱
材料A:
虾膏(Belacan),大马人称之为“峇拉煎, 切段
小葱头
干辣椒
香茅6-8棵(取白色部分使用)
适量食油
方法:
1.       将干辣椒浸泡, 去籽
2.       随不同品牌的峇拉煎味程度不同,所以最好品尝试味后一点点的加入。
将所有材料A加入食油磨碎,也可使用石捣磨碎成辣椒酱B (如图)
3.       炒锅烧热,倒入磨碎的材料B慢火炒至出油,直到颜色变深的暗红色
4.       即可起锅,让它完全冷却后即可存储在密封容器中。
提示:
三巴辣椒酱如保存在密闭容器后放进冰箱可以保持至少2周。


Source: HereYin's homemade 盈盈巧手

Mi Belacan

Bahan:

1 bungkus Mee hoon

3 sudu makan gula apong
sedikit garam
sedikit tepong jagong di + dengan sedikit air

bahan kisar:
2 -3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering
10 cili kering (d rebus sehingga lembut - boleh tambah kalau suka pedas)
sedikit belacan (ikut citarasa sendiri)
air secukupnya

Timun
Telor padi
Sotong basah
Tauge
Limau Kasturi


CARA:
Celurkan Mee Hoon kemudian toskan.

Bahan kisar dan air d masak sampai mendidih, kemudian masukkan gula apong...gaul lagi.
Tambahkan garam and tepong jagong yg d cairkn tadi untuk memekatkan kuah.
Biarkan seketika kecilkan api..bila mendidih tutup api. Kuah sudah sedia untuk d hidang.
 
Sumber: MaSalykitchen.blogspot.com

Novel: Antara Belacan Dan Keju 1

Sebuah karya Mama Intan Payung.

Setelah puas meratah  makanan yang berpalut belacan, untuk merehatkan minda, bacalah novel  di sini - 
laman milik Penulisan2u.My. Novel online ini telah menarik lebih 3 ribu bacaan.

Untuk membaca pelbagai lagi novel dan cerpen terbaru, seringlah melayari laman ini.
Koleksi Cerpen & Novel Online

Belacan Goreng Bintulu



Belacan_gorenge


 

Bahan-bahan ( tahan sampai 2 minggu )

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering
  • Satu genggam ikan bilis (dibuang perut & tulangnya)
  • Air asam secukupnya
  • Gula & garam secukupnya
  • 4 inci belacan (saya guna belacan asli dari kpg saya dkt Bintulu, Sarawak)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Belacan, bawang merah, bawang putih, cili kering & ikan bilis dikisar bersama.
  2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Pastikan minyak benar2 panas dan barulah dimasukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
  3. Goreng bahan tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam, gula dan akhir sekali garam sesedap rasa.
  5. Goreng sehingga masak kehitaman. Paling senang nak tau dia masak, minyak akan timbul seperti gambar kat atas.
  6. Selamat mencuba resepi ini. Paling sedap dimakan bersama ulam-ulaman. Kalau anak saya, makan je bersama nasi putih. Sampai lupa nak makan ayam @ ikan.
  7. *** Anak saya yg no 1 tu (pompuan) suka cicah belacan goreng ni dgn roti krakers bulat (masin).... org swk ckp roti keben. Sampai kita nak berulam pun terkejut tengok belacan dah licin.

Sumber: Resepi sini

Nasi Goreng Belacan Spesial


Nasi_goreng_belacan

Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )

  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
  • daun salad
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara-cara

  1. Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
  2. Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
  3. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
  6. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan
  7. Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap.. 

Sumber:  Resepi sini


Ayam Goreng Belacan

P1260939

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 ulas bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 btg cabai besar
  • 2 cili padi
  • 1 btg serai
  • halia sebesar ibu jari
  • belacan sebesar ibu jari
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu mkn gula
  • sedikit perasa
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 1/2 cwn air
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 2 1/2 sudu makan kicap manis
  • 5 ketul ayam(siap digoreng) 

Cara-cara

  1. tumbuk bwg besar,bwg putih dgn cabai besar 1 btg shgga hancur..kemudian hiris serai kecil2 dan tumbuk sekali smpai hancur.masuk kan halia dgn belacan,tumbuk sekali lg smpai hancur..
  2. panas kan minyak masak..masuk kan bahan tumbuk td kacau sehingga bau..masuk kan air,sos dan kicap..kacau rata..kemudian masukkan ayam..biar seketika dahulu..
  3. hiris cabai besar,cili padi..masukkan dlm masakkan td..perah limau kasturi dlm masakkan..kacau sehingga rata..biar sampai masakkan menjadi pekat..
  4. siap untuk di makan bersama nasi putihh.. 
 Sumber:   Resepi di sini.

Sambal Belacan Tumis Brunei




Bahan-Bahan:
Cili hidup 9 batang (dipatah kasar)
cili padi 5 biji (tambah jika suka)
belacan 1 sudu makan (kurangkan pun boleh)
assam jawa 1 ½sudu mkn (rendam air dan buang biji)
bwg putih 7 ulas (buang kulit sahaja jgn dihiris)
minyak masak
garam/gula/bahan perasa

Cara:
tumiskan bwg putih sehingga kecoklatan dengan api yang sederhana. kemudian masukkan kedua dua jenis cili. tumis sehingga lembut. kemudian masukkan air pati assam jawa dan belacan tadi.gaul sehingga sebati. masukkan gula dan bahan perasa lain. lagi lama keluar minyak lagi sedap dan tahan. Setelah disejukkan sekejap, bahan tadi dimesin tapi jangan terlampau hancur. kasar sedikit tidak mengapa. Boleh campur air putih masak sedikit jika pekat. lada yang telah dimesin dipanaskan sekali lagi diatas api. gaul dan tambah minyak jika perlu dan tambah bahan perasa yang kurang.
Cadangan Hidangan:
sambal belacan ini sedap dimakan bersama timun dan ulam lain. makan sama nasi putih sahaja bersama ikan kering pun sedap. lagi pedas lagi terangkat.

18/01/2013

Garam Belacan

Imej036

Sedap dimakan dengan mempelam muda, jambu batu, betik tua, kedondong dan lain-lain buah yang ada.. tambahan pulak sambil pot pet pot pet...perhhhhh...

Bahan-bahan ( 1 geng gebang.. )

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 ketul belacan sebesar ibu jari.
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
  • 5 sudu kicap lemak manis
  • 5 sudu kacang goreng (ditumbuk kasar)untuk lebih kick, tak de tak jadi hal..

Cara-cara

  1. Imej029
    Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur. 
  2. Imej035
    Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul.
  3. Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.
  4. Maksu suka cicah dengan asam jawa muda..sampai menjilat jari. 

Resepi
Sumber:  Klik sini

Antara Keju Dan Belacan


Jangan Tidak Tahu Bahawa Ini Pernah Ada!
 
ANTARA KEJU DAN BELACAN,
SALURAN: Astro Warna 132.
TARIKH: 21 september 2011
HARI: rabu
MASA: 10 malam,

SINOPSIS ANTARA KEJU DAN BELACAN
mengisahkan hubungan cinta Tyna dan James sering dipandang serong di kalangan rakan sekerja wanita itu.

Tyna yang bekerja sebagai pengurus di satu syarikat besar di bandar berpura-pura menjalani hidup seperti warga asing yang tidak gemarkan makanan tempatan.

Berbanding James yang bekerja sebagai pensyarah di satu kolej swasta, Tyna berubah selera makan kerana ingin mengikut cara kehidupan teman lelakinya itu.

Namun, di sebalik sikap seperti lupa daratan itu, Tyna mempunyai satu rahsia yang hanya diketahui rakan sekerjanya, Jai yang bekerja sebagai penghantar surat. Jai sebenarnya pernah terserempak dengan Tyna yang mencuri makan sambal belacan di pejabat.

Sebelum kejadian itu, Jai sering memerhati gerak-geri Tyna kerana dia meminati wanita itu. Namun, dalam diam Jai sebaliknya diminati wanita Inggeris, Maria. Suatu hari, James melamar Tyna sebagai isteri dan menyatakan hasrat memeluk Islam.

James berhasrat membawa Tyna pulang ke Hungary selepas berkahwin. Sebelum perkahwinan dilangsungkan, Jai memberanikan diri memberikan hadiah istimewa pada Tyna.

Apa yang mengejutkan Tyna, hadiah itu adalah seketul keju dan satu mangkuk belacan. Di dalam hadiah itu juga, terselit satu DVD bertajuk Antara Keju dan Belacan. Kerana hadiah itu, fikiran Tyna berbelah-bagi untuk memilih siapakah jodoh sebenar.

09/01/2013

Kupang Cili Hijau Belacan

Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

rsz_kupang_cili_hijau
Salam Sabtu, apa perancangan ni hari?...Kalau yang tak kemana2 tu mesti sibuk dah masak2. Mat hari ni masak yang mudah2. Sebab ada kupang, ku gorengkan dengan cili hijau letak belacan lagi. Yang mat guna ni jenis kupang segar, beli, rebus dan ambil isinya, jangan lupa dibersihkan terutama kotoran dibahagian belakang kupang tu (yang warna hitam berbentuk gumpalan), serta janggutnya yang seakan2 berus cuci periuk. Masakkan macam ni makan dengan nasi panas atau bubur nasi sangat2 sedap. Kalau zaman dulu2, masakkan ini juga dibawa bekal ke kebun, tapi idok leer guna kupang, tapi guna ikan bilis atau ikan bilis tamban. Kalau suka pedas anda boleh tambah cili padi. Ok jomm kita lihat resipi....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan isi kupang yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 biji cili hijau, hiris
1/2 inci belacan + 2 camca besar air, larutkan
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah kupang. Goreng sekejap dengan bahan lain.
  2. Tambah belacan, pes asam jawa dan air, masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...