Sumber: Sini | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
1 genggam tangan asparagus (biasanya supermarket akan jual sayur ini dalam kuantiti sebegini)
sedikit belacan (dibakar dahulu) 1 sudu besar udang kering (direndam setengah jam dalam air) 4 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi (jika ingin pedas) bawang merah |
||||
Cara: | ||||
1.
tuskan udang kering dah letak kedalam batu lesung atau blender.
tambahkan belacan, cili-cili dan bawang. tumbuk atau blender sehingga
separa lumat (jika ingin lebih 'authentic' anda perlu menumbuknya dengan
batu lesung).
2. cucikan asparagus dan potong dengan saiz 1 1/2 inci panjang. 3. panaskan minyak dengan api kecil dan tumiskan bahan yang ditumbuk untuk 1 minit. 'adjust' rasa dengan garam dan gula. 4. masukkan asparagus yang dipotong. 'stir-fry' seketika kemudian tutupkan. biarkan untuk 1 hingga dua minit. 5. setelah asparagus sudah masak (ia tidak perlu dimasak terlalu lama kerana asparagus lembik memang tak sedap), angkat dan hidangkan. |
||||
Tambahan: | ||||
recipe ini diolah dari hidangan asparagus yang saya kerap makan di restoran thai yang 'banquet' style (bukan jenis gerai tomyam kerana gerai-gerai tersebut mana ada asparagus). sesuai dimakan dengan 'pandan chicken' dan kari hijau thai, ataupun apa jua lauk melayu yang masak lemak. |
19/01/2013
Asparagus Masak Belacan & Udang Kering (Thai)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment