04/01/2013

SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA


Sila lawati laman sumber: Klik di sinimasam manis
Semalam ita buat sambal pelam mangga muda. Dah lama teringin nak makan sambal pelam. Tapi kalau gi pasar kadang ada kadang tak ada, bahan-bahan kampung macam ni biasa kita hanya boleh dapati di pasar tani. Nak tunggu pasar tani hari Sabtu baru ada..

Bila ita gi pasar dan jumpa mangga muda ni ita beli lah sikit sekurang-kurangnya dapat juga melayan anak tekak yg mengidam mengalahkan org yg berbadan 2 hihi



Kalau kat kampung banyak lah kan dan mudah nak dapat pelam muda. Biasa kalau kat Johor ita panggil pelam pauh yg mmg selalu digunakan utk buat sambal belacan atau masak gulai.
Kalau pelam yg biasa kita makan , macam pelam apple ke.. mak ita tak bagi buat sambal. Menurut kata emak atau pantang larang org tua2.. kalau pelam tu kita buat sambal nanti buahnya buruk.. maksudnya buah pelam tu akak selalu rosak atau busuk bila dia berbuah semula..

Sebab tu ada pokok pelam yg khas mmg untuk buat sambal atau apa2 masakan yg berasaskan pelam. Jomlah layan sambal belacan mempelam muda ni. Ita makan bersama masak lemak dan ikan goreng.. hihi itu pun dah tersandar kekenyangan..


SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA

15 tangkai cili padi
3 batang cili merah
sedikit belacan bakar
1/2 biji bawang besar
1 biji buah mangga separuh masak ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga hingga halus
Masukkan mangga dan gaul rata
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa









No comments:

Post a Comment