26/10/2012

Pea Bees : Lagu Sambal Belacan


Kalau kumpulan Alleycats menyanyikan lagu Cinta Itu dengan mengumpamakan cinta seperti sambal belacan yang tetap dimakan orang meski kepedasannya mungkin membuat orang itu 'menangis', lain pula dengan kumpulan Pea Bees. Mereka berkisah tentang keenakan sambal belacan itu sendiri. Namun, kenalah juga baca sehingga habis.....


Kumpulan berasal dari Terengganu ini pernah menghasilkan sekurang-kurangnya 3 album yang unik bagi saya. Tiga album tersebut berjodol Berjamu Selera Dengan ... PEA BEES, Tayar Botak dan Buah-buahan Malaysia. 

Saya rasakan keunikan bukan sahaja terletak pada jodol album yang tidak komersil tetapi juga pada jodol dan lirik lagu-lagu mereka (terutama yang bertanda * di bawah). Yang rasanya tidak berani diterbitkan oleh kumpulan lain.......

Sayang sekali kesemua lagu kumpulan ini, kecuali lagu Burger Malaysia [lihat dan dengar di sini], tidak saya terjumpa di mana-mana laman web. 


BURGER MALAYSIA

Rupanya bulat terbelah di tengah
Berbagai ramuan dan ketchup
Disumbat penoh
Semua orang akan kata
Selepas merasanya
Pass… satu lagi
Rasanya enak sekali
Apa benda ini
Makanan zaman ini
Tak tahu tapi berahi

Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Menunggu kamu semua
Menikmati rasanya
Tak tahu dari mana datangnya
Makanan yang kini dianggap nasional

Diuruskan kaum belia yang ingin berjasa
Dan di semua sudut di Malaysia
Terdapat pondok burger
Ku kata beri ku satu lagi
Rasanya enak sekali
Katanya yang mana
Yang bulat ke panjang
Ah… Usahlah ditanya
Katakan saja burger
Namanya jangan diambil kira
Rasanya sedap saja


Untuk album Berjamu Selera Dengan ... Pea Bees, terbitan  tahun 1982, mereka melagukan:

  • Burger Malaysia*
  • Teh Lambung*
  • Hayalan Mimpi
  • Durian*
  • Sepintas Lalu
  • Kena Loteri*
  • Jangan Membisu
  • Harmoni*
  • Nasibku Nasibmu

Di dalam album Tayar Botak, kumpulan yang dianggotai oleh Joey, Joel, Manzan dan Elkan bersenandung bersama lagu-lagu:

  • Tayar Botak*
  • Embun*
  • Kembali
  • Rayuanku
  • Pandu Laju*
  • Antara Dua Cinta
  • Gadis Sekolah*
  • Salina 
  • Ingin Tahu
  • Cuba Lagi*
  • Tayar Botak **(memang ada dua kali lagu Tayar Botak - setiap satu pada setiap muka kaset....)

Bagi album Buah-buahan Malaysia, terbitan tahun 1981, kumpulan  ini menyanyikan lagu-lagu:

  • Buahan Malaysia*
  • T.L.R.C*
  • Jeruk Petai*
  • Rokok?*
  • Sambal Belacan*
  • Aedes*
  • Cinta
  • Cik Adik Sayang
  • Pisang Tak Berbuah Dua Kali
  • Nasi Kunyit*
  • Ku Tahu Kini
  • Denggi*
Album Buah-buahan Malaysia cukup saya kenang. Paktam saya yang bekerja di Terengganu membawa pulang album tersebut. Setiap hari saya mainkan lagu-lagu yang terdapat di dalamnya hingga sebahagiannya masih lekat di ingatan. 



Saya cuba menyemak dari kulit album ini yang dipaparkan oleh seorang penyimpan khazanah muzik, malangnya, tidak begitu jelas di mata saya. Lalu terpaksalah digunakan deria sendiri untuk mencari.

Anda telitilah sebahagian lirik yang saya simpan di minda, berjaya diselongkar, yang muncul kembali ketika menulis tentang belacan......

T.L.R.C:
(maksud TLRC adalah teh lambung - teh tarik - dan roti canai. Untuk album Berjamu Selera... ada lagu Teh Lambung. Saya tidak tahu adakah persamaan pada kedua-duanya kerana tidak pernah mendengar lagu Teh Lambung).

Yang saya ingat hanyalah:
mamak
beriku satu teh lambung
...........
...........
mamak
roti canai tak cukup lagi

Pada hujung lagu terdapat dialog:
Mamak, kira berapa semua!

Jeruk Petai:

Kuberjalan di lorong itu
............
apa baunya itu
apa baunya itu
kutanyakan kawanku
apa itu?
itulah jeruk petai

Rokok?:

Kau merokok?
Ku tak peduli
jangan hembuskan asapmu ke mari

Cik Adik Sayang:
(Lagu ini saya ingat hampir 75% liriknya kerana pernah dimainkan juga di dalam acara 'music chair' bagi Pesta Sukan Rakyat sekolah lalu popular sekejap di bibir para pelajar....)

Hai cik adik
mengapa kau berpakaian begitu
..............
Tahukah engkau 
cinta itu hanya mainan
usah membakar diri sendiri

Hai cik adik
tunggulah sabarlah sayang
kerana usiamu masih muda

Elok kau belajar dulu
masa depanmu akan terjamin
kalaulah sudah ada jodoh
bolehlah[barulah] kita naik pelamin....
Cik adik!

Nasi Kunyit:

.........................
.........................

c/o
Nasi kunyit masakan Melayu
'dah terkenal sejak dahulu
kecil besar tua muda semua tahu
diguna pelbagai cara
majlis kecil majlis besar
nasi kunyit memang kebanggaan kita!

Sambal Belacan:

Jikalau anda
ingin makan di warung atau di restoran
jangan lupakan ulam-ulam
dan sambal belacan

sambal ciptaan nenek moyang
................
...................

Sambal belacan
sambal belacan
segera membuka selera makan
tanpanya ku takkan datang
makan di rumahmu
bila diundang.....

Demikianlah penangan sambal belacan....

3 comments:

  1. lagu dari kumpulan ni memang best berentak reggae.susah nak dapat kat internet.Saya suka lagu Ku tahu kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada upload lagu2 pea bees ni kat youtube..

      Delete
  2. sampai skarang saya duk nyanyi lagu ni

    nasi kunyit hidangan melayu
    terkenal dari dahulu
    kecil besar tua muda semua tahu

    digunakan berbagai cara
    majlis kecil majlis besar
    nasi kunyit memang asal kebanggaan kita

    ReplyDelete