16/10/2012

Sambal Belacan Indonesia + Ayam Pop


Lain drpd sambal belacan kita, Cubalah.


185548_2229385301666_1458842040_32451011_4721168_n

Bahan-bahan ( 4-6 org makan )

  • 5 biji cili merah atau segenggam cili padi
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar dipotong wedges atau 6 ulas bawang merah
  • jus limau nipis daripada 1 biji saja
  • garam secukup rasa
  • gula perang atau gula pasir secukup rasa
  • 2 inci belacan dibakar dulu

Cara-cara

  1. Goreng cili, tomato, bawang putih, bawang besar separuh masak.
  2. Keluarkan dari minyak, blend kasar2 atau tumbuk bersama belacan.
  3. Masukkan jus limau nipis, garam & gula. Gaul.
  4. Sedia utk dimakan bersama Ayam Pop yg diberikan resepinya di bawah ini:
 262428_2317052810366_1370851287_3978593_6774438_n

Bahan-bahan ( 4-6 org makan (seekor ayam) )

  • Ayam kampong 1 ekor potong 4....kat mydin ada jual...
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 sudu makan cuka
  • garam secukupnya
  • air kelapa dari 2 biji kelapa
  • minyak utk menggoreng
  • Sambal Belacan Indonesia

Cara-cara

  1. tumbuk bawang putih. (blh juga blend)
  2. sapu & ratakan pada ayam.
  3. Masukkan air kelapa, cuka, garam, serai yg diketuk dalam periuk & kacau.
  4. Masukkan pula ayam & perap selama 2/3 jam.
  5. Selepas perap, rebus ayam hingga air kelapa hampir kering.
  6. Goreng ayam dlm minyak yg panas.
  7. Goreng utk 1-2 minit sahaja. Jangan terlebih garing.
  8. Sedia utk dimakan bersama nasi panas. Cicah dgn sambal belacan indonesia.

No comments:

Post a Comment