01/10/2012

Nasi Goreng Belacan & Ayam Dadu Berkicap

Sumber: http://idaddapur.blogspot.com/


Salam buat semua........jom kita layan gambar nasi goreng belacan pulak, menu b/fast 2 hari lepas. Goreng nasi simple2 jer, tak der letak lauk2 lain dah hanya pecahkan telur dalamnya sbb nak cepat. Nasib baik ada masak 'ayam dadu berkicap' ni pagi tu, selain telur goreng, boleh combine ayam ni sekali masa makan.
Kalau ayam boneless tu, ida selalu dadukan pas tu masak apa2 yg sesuai dgnnnya untuk anak-anak bawa bekal, abahnya kadang2 tumpang sekali kalau tak ada lauk lain. Aroma belacan dlm nasi ni mmg mengasyikkan......masa menumis, kalau orang Jepun lalu belakang umah rasanya mereka tutup hidung kut, bagi kita wangi kan....


Tak mo pot pet banyak sgt.....jom layannn

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk besar nasi putih
  • 5 ulas bawang putih....ditumbuk/kisar
  • 1 labu bawang besar @ 8 ulas bawang merah..ditumbuk/kisar
  • Sedikit belacan....sebesar ibu kaki ( kisar bersama bawang )
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya
  • 5 biji cili api
  • Sayuran spt carrot, kobis dan cili merah
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
CARA:
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing
note : Jika tumbuk, tumbuk asing2 bawang putih dan bawang besar. Masa nak tumis, tumis bawang putih terlebih dahulu lagi sedap.
  • Tambah sedikit garam dahulu.
  • Tolak ke tepi kuali bahan tumis...pecahkan telur ke dalamnya, biarkan seketika baru dikacau hancur.
  • Masukkan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan nasi, kacau sekejap
  • Akhir sekali masukkan sayuran yang dipotong, cili api yg diketuk/dihiris, garam secukupnya dan kacau sekejap baru padamkan api.
AYAM DADU BERKICAP

Bahan-bahan:
  • 6 keping boneless chicken
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 sd besar kicap pekat..boleh letak lebih
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1 sd besar sos tiram
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukupnya
CARA:
  • Ayam dibuang kulit, didadu dan dibersihkan
  • Potong bawang putih dan halia nipis serta halus
  • Bawang besar dipotong dadu.
  • Panaskan sedikit sahaja minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang dan halia sehingga naik bau serta sedikit garing.
  • Masukkan kicap, sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan lada sulah.....kacau
  • Masukkan terus ayam, gula, air asam jawa serta 1 cawan air.....kacau sehingga masak dan sedikit kering.
  • Perasakan garam dan padam api.

No comments:

Post a Comment