| Bahan-Bahan: | |
| 10 - 15 biji cili api 3cm/1 sudu besar belacan (yang telah dibakar) 1 biji bawang putih | Setengah sudu teh gula 1 sudu teh sos ikan (nampla) (jika tiada boleh digantikan dengan kicap cair) 1 biji limau nipis |
| Cara: | |
| 1. Cili api, belacan, bawang putih dan gula ditumbuk separuh lumat. 2. Keluarkan bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan masukkan sos ikan/kicap cair dan perahkan limau nipis serta digaul rata. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Tidak perlu gunakan garam kerana sos ikan/kicap cair sudah cukup untuk memasinkan sambal. | |
| Tambahan: | |
| Sungguh enak dimakan dengan ulan-ulaman, nasi goreng dan sebagai pembuka selera. Selamat mencuba. | |
04/03/2015
Sambal Belacan Ala Thai
01/03/2015
Ayam Tumis Belacan
| Bahan-Bahan: | |
| 1 ekor ayam dipotong 14 15 tangkai cili kering - kisar 10 ulas bawang merah- kisar 3 ulas bawang putih -kisar 2 cm halia - kisar 2 cm belacan dibakar sekejap 2 cm kunyit hidup - kisar 2 sudu kerisik | 1 liter santan pekat 500 ml air 3 batang serai - ketuk 2 keping asam sedikit garam dan gula minyak untuk menumis |
| Cara: | |
| 1. Ayam dibersihkan dan digporeng. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan belacan. Kacau rata. Setelah agak garing, masukkan santan pekat, air, serai dan masaklah sampai agak pekat. Setelah itu, masukkan ayam , kerisik, asam, garam dan gula. Masak sampai kering .Tabur bawang goreng. Besttt...... | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, atau roti. | |
| Tambahan: | |
| Hidangan ini boleh juga dijadikan lauk meja pengantin. (Ayam dibelah dua sahaja ). | |
19/02/2015
Sambal Belacan Pujuk Mertua
250 gram cili api, cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng (jangan dibuang biji & tangkai) 250 gram cili merah Cameron Highland 250 gram belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu atau Belacan Sabah (terpilih kerana kualiti udang geragaunya) Satu cawan air Asam Jawa segar dari negara Thailand (Bakham Somkham) Dua sudu teh gula Dua sudu minyak masak Dua labu bawang putih Sedikit garam 1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak minyak 2. Goreng belacan sehingga hancur lebih kurang (3-5 minit) 3. Goreng dua labu bawang putih yang dilecet 4. Gaul belacan yang digoreng dengan satu cawan air asam jawa dan gula ... biarkan mendidih 10 minit. 5. Kisar cili api + cili merah sehingga 80% hancur 6. Masukkan air asam jawa yang dicampur belacan ke dalam pengisar 7. Kisar 2-3 minit sehingga hancur. 8. Garamkan secukup rasa dan hidang bersama keropok goreng atau timun / sengkuang / ulam / etc. Jangan makan berseorangan, ajak mak mertua makan sekali ye... |
15/02/2015
Mee Goreng Belacan Basah
| ||||||||||||||||
13/02/2015
Ikan Bawal Sambal Belacan Asam Mangga
| Bahan-Bahan: | |
| 1 ekor ikan bawal sederhana besar yang siap digoreng bersama kunyit dan garam Bahan A - ditumbuk lumat 5 tangkai cili merah 8 tangkai cili api 2.5 cm belacan (sebesar 2 jari) ½ sudu teh garam @ secukup rasa 1/3 sudu teh gula @ secukup rasa | Bahan B 1/3 cawan perahan air asam jawa/limau 1/3 cawan air suam 2 biji mangga muda (dicincang) 2 ulas bawang merah (dihiris) ¼ sudu teh kicap cair |
| Cara: | |
| Bahan A yang ditumbuk lumat (sambal belacan)dicampur bersama bahan B.Gaulkan sebati dan selepas itu tuangkan di atas ikan yang siap digoreng. Hiriskan daun ketumbar sebagai hiasan. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Sedap dimakan bersama hidangan lauk kampung spt ulam-ulaman & ikan masin. | |
| Tambahan: | |
| Ikan bawal jangan digoreng terlalu garing utk mengelakkan rasa manis ikan. Untuk lebih pedas, bolehlah lebihkan cili dlm bahan A. | |
06/02/2015
Nasi Goreng Belacan Seafood
| Bahan-Bahan: | |
| 4 biji cabai hijau 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit daging ayam (dipotong kecil) 5 ekor udang 3 ekor sotong (dipotong kecil) 1 mangkuk besar nasi putih | 2 sudu besar sos tiram sedikit belacan garam secukup rasa satu sudu kecil serbuk sup 2 sudu kecil gula sepotong kobis bunga sedikit minyak masak |
| Cara: | |
| 1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali. 3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar. 4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit. 5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Boleh dihidang untuk2-4 orang | |
12/01/2015
Ikan Cencaru Masak Sambal Belacan
sumber: myresipi.com


Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- 2 ekor ikan cencaru sederhana besar
- 8-10 tangkai cili padi
- 2-3 tangkai cili merah
- Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
- Sedikit air asam jawa
- 1 inci belacan
- 2 tangkai daun kari
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit air
- Serbuk kunyit dan garam (untuk menggoreng ikan)
- Sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka makan aji)
Cara-cara
- Kisar semua bahan kecuali daun kari dan bawang besar dengan air asam jawa (seperti membuat sambal belacan)
- Tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan berbau wangi
- Akhir sekali, masukkan daun kari dan bawang besar. Masak sehingga daun kari dan bawang layu
- Jika mahu sambal yang kurang pekat, bolehla dimasukkan sedikit air
- Ikan cencaru digoreng terlebih dahulu bersama garam dan kunyit
- Angkat kuah sambal tadi dan dituangkan ke atas ikan
- Kalau saya, saya suka guna asam jawa adabi (rasa lain sket, sedap semcm jek..)
11/01/2015
Ayam Sambal Belacan
Sumber: myresipi.com
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 2 ulas bwg besar
- 2 ulas bwg putih
- 2 btg cabai besar
- 2 cili padi
- 1 btg serai
- halia sebesar ibu jari
- belacan sebesar ibu jari
- 1 biji limau kasturi
- 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu mkn gula
- sedikit perasa
- 2 sudu mkn minyak masak
- 1/2 cwn air
- 2 sudu mkn sos cili
- 2 1/2 sudu mkn kicap manis
- 5 ketul aym(siap d goreng)
Cara-cara
- tumbuk bwg besar,bwg putih dgn cabai besar 1 btg shgga hancur..kemudian hiris serai kecil2 dan tumbuk sekali smpai hancur.masuk kan halia dgn belacan,tumbuk sekali lg smpai hancur..
- panas kan minyak masak..masuk kan bahan tumbuk td kacau sehingga bau..masuk kan air,sos dan kicap..kacau rata..kemudian masukkan ayam..biar seketika dahulu..
- hiris cabai besar,cili padi..masukkan dlm masakkan td..perah limau kasturi dlm masakkan..kacau sehingga rata..biar sampai masakkan menjadi pekat..
- siap untuk di makan bersama nasi putihh..
09/01/2015
Kacang Buncis Goreng Belacan
Sumber: kongsiresipi.com

Bahan-bahan
- 300 gm kacang buncis
- 1 bungkus jagung sayur
- 1 inci belacan di bakar terlebih dahulu
- 2 bawang putih
- 4 bawang merah
- 1 sudu besar ikan bilis-buang kotoran, cuci dan tos
- 2 sudu besar cili kering kisar
- garam dan sedikit gula
- 1/2 cwn air
- sedikit minyak utk menumis
- Tumbuk belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili kering.
- Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di tumbuk tadi.
- Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan kacang buncis yg di patah2kan, masukkan juga jagung sayur dan kacau sebati.
- Masukkan sedikit air dan kacau lagi, tambahkan garam dan sedikit gula.
- Kacau lagi dan jngn lama sangat takut kacang buncis layu.
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan.
08/01/2015
Sayur Kacang Goreng Belacan
Sumber: kongsiresipi.com

BAHAN-BAHAN
- 15 btng kacang panjang, cuci, toskan dan patah2kan
- 2 keping tauhu keras- di goreng dan di ptng kecil
- 10 ekor udang atau lebih
- secekak soo hoon-rendam sebentar
- 1 cawan santan sederhana pekat.
- 2 biji lada merah, hiris serong
- 1 biji bawang besar, hiris
- 3 ulas bawang putih, hiris
- sedikit udng kering/ikan bilis
- 1/2 inci belacan, larutkan dengan 2 sudu besar air
- Garam dan sedikit gula
CARA-CARA
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, lada merah dan udang kering/ikan bilis sehingga layu.
- Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan di potong kecil...goreng sekejap.
- Masukkan belacan yg di bancuh dngn sedikit air dan kacau rata.
- Masukkan kacang panjang dan udang....gaul sebati. Masukkan soo hoon yg di rendam dan gaul lagi.
- Masukkan santan dan jika perlu tambahkan sedikit air.
- Tambahkan garam dan gula dan masak sehingga kacang panjang empuk tetapi masih rangup.
- Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih hangat.
07/01/2015
Terung Goreng Belacan
Sumber: kongsiresepi.com

Bahan-Bahan
- 4 batang terung-di buang kulit sedikit, belah dua dan potong serong
- sedikit belacan *
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 cwn ikan bilis*-rendam,cuci dan toskan
- 5 cili merah *
- Garam dan sedikit gula
- Kisar belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili merah.
- Tumis bahan yg dikisar tadi dengan sedikit minyak sehingga naik bau,
- Masukkan terung dan masukkan sedikit air..... tumis sampai sebati.
- Masukkan garam dan sedikit gula...gaul sebati dan tutup kuali sekejap dngn menggunakan tutup periuk.
- Buka tudung periuk, gaul lagi...perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan angkat.
- Hidangkan bersama nasi putih hangat bersama lauk kegemaran anda semua.
20/09/2013
Resepi : Sambal Belacan
sumber: Reenaonline.com
5 batang cili merah
2. Selesai blend atau tumbuk, perahkan air limau kasturi, gaul dan taburkan
Permintaan / request untuk resepi sambal belacan ni sebenarnya
datangnya dari kawan pejabat i (alololo... comel je kan,
minta resepi sambal belacan. Hehehe. You know who you are).
Sebab i pun taksure samada dia dah berjaya buat atau belum
resepi ni. Dan memandangkan dia pun rajin skodeng blog i (cak!)
untuk tengok resepi-resepi yang i tepekkan dekat sini.
Jadi, sebagai sumber rujukan i sendiri dan kawan-kawan i
yang lain. I nak tunjukkan korang resepi sambal belacan style / cara
i sendiri. Tak tahulah sedap ke tak untuk orang lain tapi kalau untuk
i sedap jelah terutama sekali kalau makan dengan nasi panas-panas,
kari ayam ke atau cicah begitu sahaja dengan timun serta mempelam.
Kadang-kadang tu i gaul je sambal belacan ni dengan durian
(mmm... nyam-nyam). Terpulanglah apa cara pun korang nak makan
sambal belacan ni janji best! Hehehe...
Bahan-bahan (untuk satu mangkuk kecil) :
5 batang cili merah
4 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi)
2 biji limau kasturi
Sedikit belacan sebesar ibu jari (nak bakar boleh, tak nak bakar
pun boleh. I selalunya tak bakar pun)
Sedikit garam
1. Cili merah dibuang bijinya (ada sesetengah orang tak suka buang,
tapi
terpulang pada korang). Blend/ Kisar bersama-sama cili padi dan belacan
dengan satu sudu besar air masak. Kalau nak tumbuk semua sekali pun
boleh juga tapi tak perlu tambahkan air masak sebab takut terpercik.
2. Selesai blend atau tumbuk, perahkan air limau kasturi, gaul dan taburkan
bersama-sama sedikit garam. Kadar kemasinan sambal belacan korang
bergantung kepada berapa banyaknya garam, jadi berhati-hati ye.
3. Siap untuk dihidangkan (hoorey!)
Amacam, senang tak buat sambal belacan? Senang je kan? Selamat mencuba
kawan-kawan!
3. Siap untuk dihidangkan (hoorey!)
Amacam, senang tak buat sambal belacan? Senang je kan? Selamat mencuba
kawan-kawan!

19/01/2013
SAMBAL BELACAN IKAN TENGGIRI MASIN
Dari:

Sambal belacan ini juga boleh ditambahkan dengan buah bacang dan mangga masak.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 17 Julai 2012
Tarikh: 17 Julai 2012
Waktu memasak : 2 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Saiz hidangan untuk : 4 orang
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul ikan tenggiri masin l digoreng
- 6 biji cili merah l direbus dan ditos
- 1 biji tomato
- 1 sudu makan gula
-
2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah sehingga lumat.
- Masukkan tomato dan tumbuk lagi sehingga halus.
- Masukkan gula dan belacan dan gaul sebati.
- Pecah-pecahkan ikan tenggiri masin dan gaul.
- Angkat dan masukkan ke dalam piring. Sedia dihidangkan.
Seperti Kera Kena Belacan
Animasi “Seperti Kera Kena Belacan” merupakan salah satu animasi yang
terdapat dalam CD terbitan Bahagian Multimedia iaitu Cerita
Peribahasa-Kera
Sila ke sini [laman multimedia DBP] untuk menonton hasil animasi berdurasi 6 minit tersebut.
Asparagus Masak Belacan & Udang Kering (Thai)
| Sumber: Sini | ||||
| Bahan-Bahan: | ||||
| 1 genggam tangan asparagus (biasanya supermarket akan jual sayur ini dalam kuantiti sebegini)
sedikit belacan (dibakar dahulu) 1 sudu besar udang kering (direndam setengah jam dalam air) 4 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi (jika ingin pedas) bawang merah |
||||
| Cara: | ||||
| 1.
tuskan udang kering dah letak kedalam batu lesung atau blender.
tambahkan belacan, cili-cili dan bawang. tumbuk atau blender sehingga
separa lumat (jika ingin lebih 'authentic' anda perlu menumbuknya dengan
batu lesung).
2. cucikan asparagus dan potong dengan saiz 1 1/2 inci panjang. 3. panaskan minyak dengan api kecil dan tumiskan bahan yang ditumbuk untuk 1 minit. 'adjust' rasa dengan garam dan gula. 4. masukkan asparagus yang dipotong. 'stir-fry' seketika kemudian tutupkan. biarkan untuk 1 hingga dua minit. 5. setelah asparagus sudah masak (ia tidak perlu dimasak terlalu lama kerana asparagus lembik memang tak sedap), angkat dan hidangkan. |
||||
| Tambahan: | ||||
| recipe ini diolah dari hidangan asparagus yang saya kerap makan di restoran thai yang 'banquet' style (bukan jenis gerai tomyam kerana gerai-gerai tersebut mana ada asparagus). sesuai dimakan dengan 'pandan chicken' dan kari hijau thai, ataupun apa jua lauk melayu yang masak lemak. | ||||
Sambal Belacan (Guna Blender)
Sumber: Sini
Hari ini Kak Noor nak muatkan resepi sambal belacan cara Kak Noor. Kalau dahulu kalau nak buat sambal belacan ini memerlukan lesung batu untuk menumbuknya tetapi sekarang ada kaedah baharu yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan blender basah. Masuk semua bahan di dalam blender dalam satu masa kemudian dikisar. Dah siap sambal belacan! Cepat dan mudahkan... Pun begitu ramai yang berpendapat hasilnya tidaklah sesedap jika ia ditumbuk menggunakan lesung batu. Apapun, Kak Noor akur dengan pendapat ini. Kenapa sambal belacan lebih sedap jika kita menggunakan lesung batu? Adakah disebabkan aura yang ada pada batu lesung itu?
Sekarang ini Kak Noor jarang sekali menumbuk sambal belacan menggunakan lesung. Suatu ketika dulu Kak Noor memang menggunakan lesung batu menumbuk sambal belacan. Tetapi sejak penumbuknya hilang dan tinggal lesung sahaja, maka sejak hari itu Kak Noor menggunakan blender sahaja. Okay lah juga... apapun hasilnya adalah sambal belacan.
Jom tengok macam mana Kak Noor buat sambal belacan menggunakan blender. Memang mudah sesangat. Apapun penyediaan bahan-bahan untuk membuat sambal belacan mesti complete.
Bahan-bahannya:
7 biji cili hidup segar - dibelah dua dan dibuang biji
5 - 6 biji cili padi merah - (boleh dikurangkan dan ditambahkan, bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 sudu besar pati asam jawa Xtra ABADI
2 sudu besar jus limau kasturi
Belacan secukupnya - dipanggang/dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam, gula, serbuk perasa
Masukkan semua bahan di atas di dalam blender basah bersama sedikit air (gunakan air mineral, air masak, atau air yang telah ditapis). Air yang digunakan tidak boleh banyak, nanti sambal cair. Agak-agaklah, sekadar untuk bahan-bahan di dalam blender tadi boleh dikisar. Kisar jangan sampai lumat. Kalau kita buat dalam kuantiti yang banyak, boleh dimasukkan di dalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais. Selain dimakan bersama ulam, sambal belacan juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur kangkung dan memasak nasi goreng, dan dicampur dengan kicap dan gula sebagai bahan pencicah mangga. Hai.... terliur bila sebut mangga cicah sambal belacan kicap ni.
Hari ini Kak Noor nak muatkan resepi sambal belacan cara Kak Noor. Kalau dahulu kalau nak buat sambal belacan ini memerlukan lesung batu untuk menumbuknya tetapi sekarang ada kaedah baharu yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan blender basah. Masuk semua bahan di dalam blender dalam satu masa kemudian dikisar. Dah siap sambal belacan! Cepat dan mudahkan... Pun begitu ramai yang berpendapat hasilnya tidaklah sesedap jika ia ditumbuk menggunakan lesung batu. Apapun, Kak Noor akur dengan pendapat ini. Kenapa sambal belacan lebih sedap jika kita menggunakan lesung batu? Adakah disebabkan aura yang ada pada batu lesung itu?
![]() |
| Sambal belacan yang dibuat menggunakan blender |
Sekarang ini Kak Noor jarang sekali menumbuk sambal belacan menggunakan lesung. Suatu ketika dulu Kak Noor memang menggunakan lesung batu menumbuk sambal belacan. Tetapi sejak penumbuknya hilang dan tinggal lesung sahaja, maka sejak hari itu Kak Noor menggunakan blender sahaja. Okay lah juga... apapun hasilnya adalah sambal belacan.
Jom tengok macam mana Kak Noor buat sambal belacan menggunakan blender. Memang mudah sesangat. Apapun penyediaan bahan-bahan untuk membuat sambal belacan mesti complete.
Bahan-bahannya:
7 biji cili hidup segar - dibelah dua dan dibuang biji
5 - 6 biji cili padi merah - (boleh dikurangkan dan ditambahkan, bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 sudu besar pati asam jawa Xtra ABADI
2 sudu besar jus limau kasturi
Belacan secukupnya - dipanggang/dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam, gula, serbuk perasa
Masukkan semua bahan di atas di dalam blender basah bersama sedikit air (gunakan air mineral, air masak, atau air yang telah ditapis). Air yang digunakan tidak boleh banyak, nanti sambal cair. Agak-agaklah, sekadar untuk bahan-bahan di dalam blender tadi boleh dikisar. Kisar jangan sampai lumat. Kalau kita buat dalam kuantiti yang banyak, boleh dimasukkan di dalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais. Selain dimakan bersama ulam, sambal belacan juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur kangkung dan memasak nasi goreng, dan dicampur dengan kicap dan gula sebagai bahan pencicah mangga. Hai.... terliur bila sebut mangga cicah sambal belacan kicap ni.
Sambal Mangga
Dari:

Pilih mangga yang sedang-sedang masak agar sambal ini bertambah enak.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 3 Disember 2012
Tarikh: 3 Disember 2012
Saiz hidangan untuk : 4 orang
BAHAN-BAHAN
- 1 biji mangga | diparut
- 1 biji bawang besar
- 5 biji cili api
- 2 biji cili merah
- 2cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang besar, cili api, cili merah dan belacan sehingga lumat.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tumbuk lagi dan gaul rata.
3. Gaulkan dengan mangga yang diparut tadi dan hidangkan.
Sambal Hijau
Dari:

Sebaiknya ditumis hingga cili benar-benar masak.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 3 Disember 2012
Tarikh: 3 Disember 2012
Waktu memasak : 15 minit
Saiz hidangan untuk :4 orang
Saiz hidangan untuk :4 orang
BAHAN-BAHAN
- 5 biji cili hijau besar - dikisar
- 10 bili cili api - dikisar
- 2 biji bawang besar - dikisar
- 4 sudu makan minyak masak
- Udang geragau secukupnya | digoreng [udang inilah yang digunakan untuk membuat belacan...]
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN ULAM:
- Petai secukupnya
- Terung rinbang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili hijau besar, cili api, dan bawang besar
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.
3. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan bersama bahan ulaman.
SAMBAL BELACAN MANGGA BERSANTAN
Dari:

Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 14 Disember 2012
Tarikh: 14 Disember 2012
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji cili merah
- 7 biji cili padi
- 20gm belacan | dibakar
- 1/2 biji bawang besar
- 1 biji mangga muda | dimayang halus
- 2 sudu makan santan pekat
- 1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang besar dan juga belacan hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Gaulkan rata
3. Gaulkan bersama hirisan mangga muda hingga sebati.
4. Akhir sekali, tuangkan sedikit santan dan sedia dihidang.
SAMBAL BELACAN KELANTAN, SAMBAL BELACAN SIMPLE, SAMBAL BELACAN JAWA , SAMBAL TOKTOK JAWA, SAMBAL ASAM DAN SAMBAL ULEK
Bila sebut sambal belacan, tak lengkap kalau tak ada ulam-ulaman. Setiap negeri ada kelebihan sendiri dalam menyediakan sambal. Di dalam majlis kenduri orang-orang Pantai Timur, sambal ini adalah satu kemestian. Satu kelainan sambal belacan ini ialah ia tidak digandingkan dengan ulam-ulaman seperti lazimnya tetapi ia hanyalah pelengkap hidangan atau pembuka selera di mana jika tidak ada sambal, tidak lengkaplah hidangan tersebut.
Walaupun sambal ini agak cair, tapi rasanya adalah unik dan tersendiri. Selain pelengkap hidangan majlis kenduri, ia juga boleh dijadikan cecahan untuk ikan bakar....
Di sini ingin saya kongsikan resipi sambal belacan istimewa tersebut.
SAMBAL BELACAN ISTIMEWA KELANTANESE STYLE
Bahan-bahan:
20 biji lada kering, buang biji dan rendam dalam air panas
20 biji lada merah
20 biji cili padi & apa-apa jenis cili lagilah..
1/2 buku belacan, dibakar sekejap
5 biji bawang putih, dibakar hingga masak
10 biji bawang merah, dibakar hingga masak
2 sudu garam atau secukup kegunaan
1 cawan gula pasir atau secukup kegunaan
1/2 cawan cuka
Bahan-bahan lain:
Limau nipis, perah airnya
Limau kasturi, ambil air dan kulitnya sekali dihiris halus
2 biji tomato, dihiris halus-halus
1/4 biji nenas, dicincang halus-halus
1 biji mempelam muda, dicincang halus
2 labu bawang besar, dihiris halus gaul dengan garam, ramas2kan dan cuci dengan air paip untuk membuang getahnya
Caranya:
Campurkan semua cili, belacan, garam, gula, cuka dan bawang-bawang yang telah dibakar dan kisar hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota : Sambal ini tahan disimpan di dalam peti ais selama sebulan kerana campuran cuka yang telah dicampurkan ke dalamnya. Jika tak suka bawang, tak perlu dimasukkan bawang.
SAMBAL BELACAN SIMPLE
(sesuai untuk ulam-ulaman seperti ulam raja, jantung pisang rebus, bendi rebus, kacang panjang rebus dll)
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu belacan
1/4 sudu teh garam (bergantung kepada jenis belacan, jika belacan dah masin, kurangkan garam)
1 1/2 sudu gula
2 biji limau nipis
1 biji limau kasturi, dihiris dengan kuiit-kulitnya
Cara : Campurkan cili merah, cili api, belacan, garam dan gula ke dalam lesung. Tumbuk hingga lumat dan bergaul sebati. Keluarkan dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk. Perahkan limau nipis dan limau kasturi ke dalamnya. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
Nota : Penggunaan gula dalam sambal belacan orang-orang pantai timur adalah satu kemestian kerana selera mereka lebih kepada manis dan pedas berbanding orang-orang negeri lain di Malaysia. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera.................
SAMBAL BELACAN JAVANESE STYLE
(maaf ye orang-orang jawa...... kalau salah ampun ya)
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu belacan
2-3 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
Limau kasturi - jika suka
Cara :
Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan satu persatu. Masukkan ke dalam lesung dan tumbuk lumat. Lebihan minyak dicampurkan ke dalam sambal yang telah ditumbuk tadi. Jika suka, perahkan air limau kasturi semasa menghidang.
SAMBAL TOKTOK (JAWA)
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
3 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu belacan
1 genggam ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
secubit garam
Cara :
Panaskan minyak dan goreng semua bahan satu persatu. Kemudian ditumbuk lumat. Campurkan garam secukup rasa. Hidangkan dengan nasi putih, ikan goreng dan sayur bening...
SAMBAL ASAM PUCUK UBI REBUS
(Resipi Chik Ros Kota Tinggi - favorite I tau!!)
sambal asam, sesuai untuk pucuk ubi rebus** atau sayur-sayuran celur yang lain spt kobis, kacang panjang, jantung pisang dan lain-lain
**Pucuk ubi - direbus dengan sedikit garam, kemudian diperah airnya
SAMBAL ASAM
1 genggam ikan bilis, digoreng
1 sudu belacan
1/2 cawan air asam jawa
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
Garam gula secukup rasa
Caranya :
Mula-mula tumbukkan ikan bilis goreng, ketepikan. Kemudian tumbukkan cili dan bawang merah hingga halus, masukkan ke dalam ikan bilis tumbuk tadi. Campurkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sambal asam ini jangan terlalu pekat atau cair. Hendaklah secukup rasa pedas, masam dan manisnya. Hidangkan dengan pucuk ubi dan juga lauk asam pedas ikan mayong serta ikan kembung goreng.
SAMBAL ULEK (sesuai dimakan dengan ulam-ulaman, ikan goreng, ayam goreng berempah dan lain-lain)
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
Segenggam cili api
2 sudu makan terasi (belacan)
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa dan secubit gula
Limau kasturi - jika suka
Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan. Masukkan kedalam lesung dan tumbuk lumat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidang begitu saja atau dicampur limau kasturi jika suka rasa lebih masam.
Selamat mencuba
Sumber: nonie2you.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)


